Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Menguasai Kehidupan Menguasai kehidupan bukan bermaksud kita mampu mengawal semua perkara yang berlaku kepada kita. Sebalik nya, ia bermaksud kita belajar mengawal diri, emosi, fikiran dan tindakan ketika berhadapan dengan pelbagai keadaan. Orang yang benar-benar kuat bukan orang yang sentiasa menang, tetapi orang yang mampu belajar daripada kekalahan, kekal tenang ketika diuji dan tidak membiarkan fikiran negatif menguasai dirinya. Ini beberapa teknik untuk menguasai hidup dengan matang: 1. Untuk jadi pandai, belajar menjadi “bodoh” dahulu. Jangan malu mengatakan, “Saya tidak tahu.” Orang yang mahu belajar akan banyak bertanya, mendengar dan memerhati. Kadang-kadang kita perlu mengenepikan ego supaya ilmu boleh masuk. Orang yang menganggap dirinya sudah tahu segala-galanya atau sudah pandai sebenarnya menutup pintu untuk belajar. 2. Jika mahu menang, belajar ka...