Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Apa maksud Manisnya Iman? “Manisnya iman” ialah rasa kenikmatan, ketenangan, dan kepuasan hati yang muncul kerana dekat dengan Allah dan mengikuti jalan-Nya. Ia bukan manis secara fizikal, tetapi manis secara rohani. Beberapa cirinya: 1. Rasa Cinta dan Dekat kepada Allah Seperti hati berasa senang ketika mendirikan solat, berzikir, membaca al-Qur’an atau melakukan kebaikan. Iaitu segala perintah Allah dibuat dengan rasa indah dan menarik, bukan membebankan. Dalil: Hadis nabi s.a.w, “Sesiapa yang Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dia akan merasai manisnya iman.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim) 2. Tenang dalam Hidup Tidak mudah gelisah apabila diuji dengan sesuatu takdir Allah, kerana yakin Allah Maha Mengetahui dan Menolong. Dan hati nya tidak bergantung pada dunia semata-mata, ia lebih menghara...