Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Ini Sabda Nabi s.a.w Nabi ﷺ bersabda: “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku takutkan atas kamu, tetapi aku takutkan dunia dibentangkan kepada kamu…” (HR. Bukhari & Muslim) Nabi ﷺ tidak takut umatnya miskin, tetapi takut umatnya menjadi kaya. Kenapa? Kerana kekayaan lebih berbahaya terhadap iman berbanding kemiskinan. Iaitu; 1. Kekayaan mudah melalaikan hati. 2. Kaya membuka pintu fitnah (ujian) 3. Kekayaan menumbuhkan persaingan dan dengki. 4. Harta mengikat hati, bukan sekadar di tangan. 5. Sejarah umat: binasa selepas diberi kelapangan . Penjelasan lebih lanjut : 1. Kekayaan mudah melalaikan hati. Harta membuat manusia merasa cukup dan kecukupan itu membuat ia lupa kepada Allah. Seperti firman Allah, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.” (QS at-Takāthur: 1) Mengapa kekayaan mudah melalaikan hati? Kerana: i) Harta menimbulkan ...