Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kawan

752) APA 7 PERATURAN DALAM MEMILIH KAWAN?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kawan mempengaruhi   Kawan bukan sekadar orang yang menemani kita ketika senang, tetapi juga orang yang mempengaruhi cara kita berfikir, bercakap, bertindak dan melihat kehidupan.    Tanpa disedari, kita boleh meniru kebiasaan, sikap dan nilai seseorang hanya kerana terlalu lama berada di sekelilingnya.   Sebab itu, memilih teman bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Tidak semua orang yang mesra dengan kita membawa kebaikan, dan tidak semua orang yang ramai kawan mempunyai akhlak yang baik. Pilihlah teman yang bukan sahaja membuat kita rasa diterima, tetapi juga membantu kita menjadi manusia yang lebih baik.  Gunakan peraturan ini: 1. Pilih kawan yang menghormati anda   Kawan yang baik pasti menghormati pendapat, perasaan, batasan dan maruah anda. Dia tidak memperlekeh kan anda, menghina kelemahan anda atau menjadi kan anda bahan gurauan yang menyakitkan hati.   Persahabatan yang s...

651) APAKAH 10 SKIL YANG SETIAP REMAJA DAN DEWASA PATUT PELAJARI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum  Kemahiran hidup    Kehidupan tidak hanya memerlukan seseorang mempunyai sijil atau keputusan akademik yang baik sahaja . Kita juga perlu mempunyai kemahiran hidup yang membantu kita membuat keputusan, mengurus diri, bergaul dengan orang lain dan menghadapi cabaran.    Skil ini sebaiknya dipelajari sejak remaja kerana ia akan menjadi bekalan penting apabila seseorang memasuki alam dewasa.  Ini 10 skil yang harus di mahiri: 1. Hargai pendidikan      Jangan belajar hanya untuk lulus peperiksaan. Belajarlah untuk membina kemampuan diri dan membuka lebih banyak peluang.     Pendidikan mengajar kita cara berfikir, menyelesaikan masalah dan melihat dunia dengan lebih luas. Ilmu yang kita kumpulkan hari ini mungkin menjadi sebab terbukanya peluang yang tidak pernah kita sangka pada masa hadapan. 2. Fahami kewangan dengan  baik     Belajarlah mengurus wang sebel...

577) DAPATKAH KITA MENJUMPAI KAWAN TANPA CELA?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum.  Teman tanpa Aib    Sudah menjadi fitrah, manusia senantiasa mendambakan persahabatan yang tulus dan persaudaraan yang sejati.     Namun, sering kali harapan itu pupus kerana pandangan kita yang terlalu menuntut kesempurnaan dari orang lain, seakan-akan kita sendiri tiada cela.      Padahal, hakikat manusia adalah kumpulan suatu kelebihan yang dihiasi dengan kekurangan, dan kelemahan yang dibalut dengan kebaikan.    Oleh itu, barangsiapa yang hanya ingin bersaudara atau berteman  dengan mereka yang tanpa cela, niscaya ia akan berjalan sendirian tanpa kawan. Al-Fudhoil bin ‘Iyadh –rahimahullah– berkata, "من طلب اخا بلا عيب، بقي بلا اخ." ~ روضة العقلاء (ص: ١٦٩) “Barangsiapa mencari seorang saudara tanpa cela, maka ia akan hidup tanpa saudara.” [Roudhoh al-‘Uqala’ (hlm. 169), karya Abu Hatim Al-Bustiy]  Menerima    Dengan itu, marilah kita belajar menerima...

549) APAKAH TANDA-TANDA ORANG YANG MENJADI KAWAN SYAITAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Kawan kepada syaitan   Dalam surah an Nissa':38 Allah menyebut bahawa ada orang yang menjadikan syaitan sebagai teman. Kita mungkin tak mahu jadi kawan syaitan  tetapi tanpa kita sedari sebenarnya  kita sudah menjadi kawan syaitan. Bagaimana? Allah berfirman dalam Al-Qur'an:      “Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman rapatnya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.” (An-Nisa’: 38)    Jadi  apakah tanda atau ciri-ciri orang tersebut?    Berikut antara tanda-tanda orang yang menjadikan syaitan sebagai teman, berdasarkan dalil.  Mari kita lihat  penjelasannya : 1.  Suka riya’ dan menunjuk-nunjuk      Ini Allah sebut dalam ayat yang sama (An-Nisa’: 38) tentang orang yang berinfak kerana riya’.     Mari kita huraikan supaya lebih mendalam dan jelas. i)  Apa itu riya’?    Riya...