Bismillah. Alhamdulillah Assalamu'alaikum, Allah bersumpah Allah telah bersumpah dengan waktu malam dan waktu siang, dan Allah bersumpah dengan diri Nya yang mencipta manusia lelaki dan perempuan, bahawa amalan manusia ada berbagai-bagai, tapi hakikatnya ada dua jenis manusia sahaja ataupun ada dua bentuk amalan sahaja. Walaupun zahirnya nampak berbagai-bagai. Memberikan harta Golongan pertama, orang yang suka memberi, bukan saja memberi tapi juga bertaqwa. Punca ia bertaqwa ialah ia membenarkan atau yakin dan percaya pada janji-janji Allah. Termasuklah syurga. Allah permudahkan Maka golongan pertama ini Allah beri kelebihan di dunia. Iaitu dia mudah membuat apa saja amal kebaikan. Seperti ibadat , sedekah , buat kebajikan kepada orang, Allah permudahkan. Orang yang bakhil ...