Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikim, Dorongan Hawa Nafsu Secara umum s eseorang yang menghasut rakyat membenci pemerintah secara terbuka, menyebar kebencian, dan mencetuskan kemarahan umum, biasanya tidak bertujuan untuk islah (pembetulan) yang ikhlas, tetapi didorong oleh hawa nafsu, dendam, kepentingan politik, atau cinta kepada kekuasaan dan perhatian. Mengapa kita katakan mereka tidak ikhlas? Kerana yang berikut: 1. Cara mereka bercanggah dengan sunnah Nabi ï·º Jika benar niatnya untuk membetulkan kesalahan pemerintah, mengapa mereka tidak menasihati dengan adab, secara tertutup, dan berhikmah, seperti yang diajarkan oleh Rasulullah ï·º dan para salafussoleh? Rasulullah ï·º bersabda: "Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah menasihatinya secara terang-terangan. Akan tetapi, peganglah tangannya dan berbicaralah dengannya secara tertutup..." [HR Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani] ...