Bismillah. Assalamu'alaikum, Tidak ada orang yang Allah mudahkan ia dalam kebaikan, kecuali pasti ada sebabnya. Dan tidak ada orang yang Allah mudahkan ia dalam keburukan, pasti juga ada sebabnya. Maknanya tidak ada orang yang Allah biarkan dalam dosa, samada dosa zahir atau dosa batin, pasti ada sebabnya. Tapi terkadang kita tidak tahu apa sebabnya. Sebab mudah ke syurga Allah berfirman, Fa di situ adalah korelasi sebab dan akibat. Mengapa Allah mudahkan ia masuk syurga? Sebab menurut ayat di atas, ia melaku- kan tiga hal iaitu: 1. Memberikan hartanya (bersedekah) 2. Bertaqwa dalam setiap perbuatannya 3. Ia membenarkan keimanan tentang Allah dan hari akhirat. Dengan sebab ia ada 3 sifat di atas, maka Allah memudahkan ia ke syurga. Kerana ia yang memulakan dulu. Setelah ia ...