Bismillah. Assalamu'alaikum, Firaun mendakwa bahawa dia lah satu-satunya tuhan yang berhak disembah, dan melecehkan tuhan nabi Musa a.s dengan menyuruh pembantunya Haman supaya membina bangunan tinggi kononnya untuk melihat tuhan Musa. Allah memberitahu bahawa Firaun dan tenteranya itu sombong. Disebabkan kesombongannya itu maka Allah memberi balasan kepadanya seperti Allah nyatakan dalam surah al Qasas:40 , Lalu Allah ambil Firaun dan tenteranya. Kenapa Allah ambil sekali tenteranya? Sebab mereka adalah pengikut Firaun. Siapa yang ikut orang zalim, dia adalah zalim juga. Kemudian Allah campak kan mereka semua ke dalam laut. Di dalam tafsir disebut iaitu Laut Merah. Maka Allah perintah kan nabi Muhammad s.a.w perhatikan dengan akal bagaimana akibat kesudahan or...