Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bersyukur

652) MENGAPA HARUS BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Lupa menghargai    Dalam kehidupan, kita sering terlalu sibuk melihat apa yang belum kita miliki sehingga terlupa menghargai apa yang sebenarnya sudah ada di tangan kita.    Manusia memang mudah membanding-bandingkan. Kita melihat rumah orang yang lebih cantik, kerjaya yang lebih cemerlang, keluarga yang kelihatan lebih bahagia dan kehidupan orang lain yang nampak lebih selesa. Akhirnya kita mula merasakan kehidupan sendiri serba kekurangan.    Sedangkan apa yang kita anggap biasa itu mungkin  sebenarnya merupakan nikmat besar yang diimpikan oleh orang lain. Mengeluh     Anda mungkin mengeluh tentang kasut yang sudah lama, sedangkan ada orang yang berharap mempunyai kaki yang cukup kuat untuk berjalan.     Anda mungkin mengeluh kerana orang tidak mendengar kata-kata anda, sedangkan ada orang yang berharap diberikan kemampuan untuk bercakap.    Anda mun...

629) APA LIMA PRINSIP EMAS KEBAHAGIAAN?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kebahagiaan sebenar      Ramai orang menyangka kebahagiaan datang apabila memiliki lebih banyak harta, pangkat atau pujian manusia.     Hakikatnya, kebahagiaan yang sebenar lahir daripada cara kita berfikir, melihat kehidupan dan mengurus hati. Orang yang tenang bukan kerana hidupnya tiada masalah, tetapi kerana dia tahu apa yang perlu dilepas- kan, apa yang perlu dihargai dan apa yang benar-benar penting.    Lima prinsip berikut boleh menjadi panduan untuk membina kehidupan yang lebih damai dan bermakna: 1. Lepaskan atau abaikan apa yang tidak dapat kita kawal    Tidak semua perkara berada dalam kawalan kita. Kita tidak mampu mengawal apa yang orang fikir tentang kita, keadaan cuaca, masa lalu atau segala ujian yang Allah tentukan.     Apa yang boleh kita kawal hanyalah sikap, usaha dan tindakan kita sendiri.     Semakin kita memaksa diri mengawa...

578) APAKAH HASIL BERSYUKUR DAN BERIMAN KEPADA ALLAH?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kasih sayang dan keadilan Allah..     Surah An-Nissa' ayat 147 membawa mesej yang sangat mendalam tentang kasih sayang dan keadilan Allah terhadap hamba-Nya. (An Nissa': 147)    Dalam ayat ini, Allah menegaskan bahawa Dia tidak berhajat untuk menyeksa manusia sekiranya mereka bersyukur dan beriman. Ini menunjukkan bahawa azab bukanlah tujuan Allah mencipta manusia, sebaliknya ia adalah akibat daripada keingkaran dan penolakan manusia terhadap kebenaran yang datang dari Allah itu sendiri.  Asas keselamatan     Dalam kehidupan seorang Muslim, dua perkara utama yang menjadi asas keselamatan ialah syukur dan iman.    Syukur bermaksud mengakui segala nikmat yang diberikan oleh Allah serta menggunakan nya pada jalan yang diredhai -Nya. Seseorang yang bersyukur bukan sahaja mengucapkan terima kasih dengan lidah, tetapi juga membuktikannya melalui perbuatan dan k...

217) KENAPA KEADAAN ORANG BERIMAN ITU AJAIB?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,      Ada satu hadis yang pendek tetapi penting bagi orang yang bersemangat untuk  mencari redha  Allah.  Iaitu,     Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ “Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman.     Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” (HR Muslim)         Nabi sangat kagum kepada  orang yang beriman dalam...

70) KENAPA SEDIKIT YANG BERSYUKUR?

 Bismillah. Assalamualaikum,               Jika seorang ayah  memberitahu  anaknya iaitu    ' semua apa  yang kamu ada itu milik ayah'   apa mesej yang ia nak  sampaikan  kepada anaknya itu sebenarnya? Mesejnya  ialah , 'taatlah kepada ayah,  sebab  kamu tiada apa-apa sebenarnya'.           Seperti itu jugalah mesej yang Allah nak sampaikan dalam ayat 53, surah an Nahl ini: An nahl:53 53. "Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan."        Jadi apa  mesej yang Allah nak bagi tau dalam ayat di atas?         Iaitu  'semua apa yang kamu ada adalah dari  Aku, maka taatlah  dan syukurlah  kepada Aku  , jangan lawan Aku.' Itulah mesej yang tersirat.      ...