Bismillah. Alhamdulilllah Assalamu'alaikum, Allah berfirman dalam surah Muhammad; 24, Apa maksudnya? Iaitu dengan ayat ini, dengan bahasa yang tersirat, sebenarnya Allah nak mencela ? Mencela siapa? Iaitu orang yang tidak tadabbur al quran. Tadabbur bermaksud menghayati, merenung dan memikirkan ayat-ayat suci al-Quran dalam usaha untuk memahami makna, maksud, hikmah dan pengajaran di sebalik ayat-ayat suci tersebut. Macamana kita tahu Allah swt mencela ? Iaitu bila Allah sifatkan orang yang tak tadabbur al quran itu orang yang hatinya terkunci. Itu satu celaan. Kalau dalam bahasa biasa kita, kalau budak-budak belajar dua tiga kali, kadang-kadang sampai setahun tak faham-faham juga, kita kata, hati kamu ni berkarat atau hati benak kamu ni. Itu bentuk celaan. Cuma Allah kata...