Langkau ke kandungan utama

216) APA AKIBAT TAK TADABBUR AL QURAN?

Bismillah.
Alhamdulilllah
Assalamu'alaikum,



      Allah berfirman dalam surah Muhammad; 24, 
    

      Apa maksudnya?  Iaitu dengan ayat ini, dengan bahasa yang tersirat, sebenarnya Allah nak mencela ? Mencela siapa?

       Iaitu orang yang tidak tadabbur al quran. Tadabbur  bermaksud menghayati, merenung dan memikirkan ayat-ayat suci al-Quran dalam usaha untuk memahami makna, maksud, hikmah dan pengajaran di sebalik ayat-ayat suci tersebut.

     Macamana kita tahu Allah swt mencela ? Iaitu bila Allah sifatkan orang yang tak tadabbur al quran itu orang yang hatinya terkunci. Itu satu celaan. 

    Kalau dalam bahasa biasa kita, kalau budak-budak belajar dua tiga kali,    kadang-kadang sampai setahun tak faham-faham juga, kita kata, hati kamu ni berkarat atau hati benak kamu ni. Itu bentuk celaan.  Cuma Allah kata  hati  kamu terkunci. 

     Di antara berkarat, benak dan terkunci mana lebih teruk?  Terkunci lebih teruk. Sebab apa Allah kata terkunci?

      Sebab Dia nak bagi faham iaitu umpama  bila rumah terkunci bolehkah kita nak bawa masuk apa-apa barang? Mustahil.

       Maka jika nak bawa masuk barang, kena buka kunci. Nak buka kunci kena cari anak kunci. 

     Jadi Allah nak bagi tahu bahawa orang yang tak tadabbur al quran , bermakna hatinya telah terkunci. Apa-apa hidayat, apa-apa peringatan, apa-apa nasihat tak boleh masuk dalam hatinya . Orang bagi tazkirah sebulan ke, setahun ke, dah tak boleh masuk sebab hatinya sudah terkunci. 

    Memang kita nampak setiap hari, berapa ramai orang yang dengar tazkirah tapi tak berubah. Sebab- nya mereka tak mahu faham isi al quran , maka hatinya terkunci. 

   Jadi, perumpamaan yang Allah beri itu sangat jelas dan sangat menakutkan. Walaupun Allah guna perkataan hati terkunci. Sebab bila  hati terkunci , maka apa jenis hidayat pun tak boleh masuk dan kekufuran yang dalam hati tak boleh nak keluar. Sebab terkunci.

    Jadi,  ayat ini jelas membuktikan bahawa tadabbur al quran adalah wajib. Sebab itu Allah cela orang yang tak tadabbur al quran.  Kalau benda itu sunat sahaja Allah takkan cela. Kenapa Allah nak mencela orang yang tak  mengerjakan yang sunat, bukan wajib  pun.  Tapi bila Allah cela , itu menunjukkan ianya perkara besar dan menunjukkan itu  wajib.


Semoga bermenafaat.



      
Dari kuliah Ust. Abdul Muein,
25/12/24
Klang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...