Bismillah. Assalamu'alaikum, Sesuatu hal dalam agama mesti berdasarkan dalil. Mengajar anak supaya kenal tuhan, adakah wajib atau harus? Wajib. Dalilnya di surah al Ikhlas:1, Bila Allah suruh nabi Muhammad supaya mengajak manusia mengenali bahawa Allah itu esa, maknanya wajib bagi kita kenal Allah dan wajib mengajar anak kita kenal Allah. Adakah kita buat? Adakah kita ajar anak kita kenal tuhan sehingga anak kita kenal dan cinta kepada tuhan, sehingga dia rasa seronok untuk solat? Mengenali Allah itu wajib, tapi ramai orang tak ambil tahu. Mengajar supaya kenal tuhan itu paling penting tapi diabaikan oleh ibubapa. Kesan daripada itu maka terjadilah apa yang terjadi sekarang. Remaja ambil dadah , merempi...