Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kurma

156) APAKAH TENTATIF RAMADHAN MENURUT NABI S.A.W?

Bismillah. Assalamu'alaikum,        Allah swt mengurniakan kepada kita begitu banyak nikmat. Yang kita selalu nampak ialah nikmat rezeki, nikmat sihat, makan dan minum dan sebagainya, tetapi jangan kita lupa nikmat terbesar salah satu nya kepada kita ialah nikmat Ramadhan. Allah beri nikmat ini kepada umat Muhammad iaitu nikmat ramadhan.           Sebab itu ia satu-satunya bulan yang disebut dalam al quran.  Bulan-bulan  lain tidak disebut. Kerana apa? Kerana ia satu nikmat yang besar. Bila tiba cukup bulan, kita gembira sebab gaji nak masuk. Tapi kenapa bila ramadhan nak sampai kita tak rasa seronok?  Firman Allah,          Bila al quran itu petunjuk bagi orang yang  beriman kepadanya dan Allah turunkan pada bulan ramadhan, itu menunjukkan  bahawa bulan  ramadhan itu satu bulan yang berkat. Sebab itu ramadhan itu dipanggil  ramadhan al mubarak. Bulan lai...