Bismillah. Alhamdulillah, Assamu'alaikum, Hari ini pengajian asma ul husna, nama-nama Allah yang baik, yang merupakan satu perkara yang amat penting bahkan wajib kerana dengan sebab kita belajar nama-nama Allah kita akan kenal Allah dengan sebenarnya sedangkan hukum kenal Allah adalah wajib. Di mana punca segala masalah yang berlaku adalah kerana manusia tidak kenal Allah dan bila tidak kenal Allah manusia akan langgar saja apa-apa larangan Allah yang akhirnya ia membawa musibah yang besar. Tidak ada musibah yang lebih besar daripada melanggar larangan Allah. Jadi , mempelajari nama-nama Allah samada melalui quran atau hadis adalah satu fardhu ain yang wajib yang sepatutnya dijadikan sebagai satu sillybus dalam mana-mana pendidikan samada di rumah atau di sekolah atau di universiti. Yang wajibnya ialah kita...