Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Perkara yang melalaikan Antara perkara yang sering melalaikan manusia ialah perasaan bahawa kita masih mempunyai banyak masa. Kita merancang untuk hari esok, minggu depan, bulan depan bahkan bertahun-tahun akan datang. Kita berkata, “Nanti aku akan berubah,” “Nanti aku akan bertaubat,” “Nanti aku akan lebih banyak beribadah.” Namun, kita tidak pernah diberi jaminan bahawa kita akan sampai kepada “nanti” itu. Rasulullah ï·º mengingatkan kita melalui hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar رضي الله عنهما: “Apabila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah kamu berbicara kepada dirimu tentang waktu petang. Dan apabila kamu berada pada waktu petang, maka janganlah kamu berbicara kepada dirimu tentang waktu pagi. Manfaatkanlah hidupmu untuk kematianmu, dan manfaatkanlah kesihatanmu untuk masa sakitmu. Sesungguhnya wahai Abdullah, kam...