Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 10 malam

587) KENAPA BULAN ZULHIJJAH 1 HINGGA 10 SANGAT ISTIMEWA?

Bismillah Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Bulan zulhijjah     10 hari pertama bulan Zulhijjah sangat istimewa kerana ia merupakan antara hari yang paling dicintai oleh Allah untuk melakukan amal soleh. Hari-hari ini menghimpunkan pelbagai ibadah agung seperti solat, puasa, sedekah, zikir, haji dan korban. Ia juga menjadi musim ketaatan yang Allah muliakan melebihi banyak hari lain dalam setahun. Rasulullah ï·º bersabda: “Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini (10 hari Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali dengan sesuatu pun.” ( Hadis riwayat Abdullah bin Abbas dalam Sahih al-Bukhari)  Mengapa 10 hari ini begitu mulia? 1. Allah sendiri bersumpah dengannya     Firman Allah  sudah tentu benar, tetapi dalam hal 10 hari Zulhijjah,...