Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Jalan kejayaan Firman Allah dalam Al-Quran surah Surah An-Nisa' ayat 124, menjelaskan tentang jalan menuju kejayaan sebenar di akhirat. Allah berfirman bahawa sesiapa yang mengerjakan amal soleh sama ada lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walau sedikit pun. Ayat ini menunjukkan kasih sayang dan keadilan Allah terhadap seluruh manusia tanpa mengira jantina, bangsa, atau kedudukan. Syarat utama Melalui ayat ini, Allah menegaskan bahawa syarat utama untuk mendapat kebahagiaan akhirat ialah iman dan amal soleh. Iman menjadi asas kepada setiap amalan. Syarat beriman kepada Allah. Syarat beriman kepada Allah ialah membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lidah dan membuktikannya dengan amalan. Keimanan kepada Allah juga mestilah memenuhi beberapa perkara asas berikut: 1. Membenarkan kewujudan All...