Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Tidak ada yang ragu bahawa kita ini hidup di zaman yang penuh fitnah. Samada fitnah syahwat mahupun fitnah syubhat. Dengan adanya medsos dan internet, seluruh syubhat yang sebelumnya tersembunyi , kini makin terungkap. Yang tadinya pemikiran-pemikiran menyimpang tertutup kini semakin kelihatan. Kerana setiap orang yang memiliki pemikiran ia pasti berusaha mencari pengikut dan berusaha mengungkapkannya di depan public. Di zaman sekarang banyak pemikiran-pemikiran yang liar mengenai masalah akidah. Mulai dari firqah-firqah yang menyimpang dan dari aliran-aliran yang menyimpang. Dan hal itu sangat banyak dalam dunia Islam. Pemikiran yang menyimpang Jika kita bercakap tentang pemikiran menyimpang ianya banyak sekali, seperti liberalisma, sekularisma, komunisma, pluralisma dan banyak lagi. Belum lagi akid...