Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel miskin

485) MENGAPA NABI TAK TAKUT UMATNYA TAK KAYA, TETAPI TAKUT UMATNYA KAYA ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Ini Sabda Nabi s.a.w Nabi ﷺ bersabda:   “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku takutkan atas kamu, tetapi aku takutkan dunia dibentangkan kepada kamu…” (HR. Bukhari & Muslim)    Nabi ﷺ tidak takut umatnya miskin, tetapi takut umatnya menjadi kaya.  Kenapa?  Kerana kekayaan lebih berbahaya terhadap iman berbanding kemiskinan.  Iaitu; 1. Kekayaan mudah melalaikan hati. 2. Kaya membuka pintu fitnah (ujian) 3. Kekayaan menumbuhkan persaingan dan dengki. 4. Harta mengikat hati, bukan sekadar di tangan. 5.  Sejarah umat: binasa selepas diberi kelapangan . Penjelasan lebih lanjut : 1. Kekayaan mudah melalaikan hati.   Harta membuat manusia merasa cukup dan kecukupan itu membuat ia lupa kepada Allah. Seperti firman Allah,    “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.” (QS at-Takāthur: 1)    Mengapa kekayaan mudah melalaikan hati? Kerana: i)  Harta menimbulkan ...

369) MENGAPA ADA ORANG CACAT DAN MISKIN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Kenapa ada orang Cacat dan Miskin?     Kita mungkin tertanya-tanya:    "Kalau tuhan itu penyayang, kenapa ada orang cacat dan orang miskin ?"     Soalan ini sangat penting dan sering ditanya oleh ramai orang bila melihat penderitaan. Mari kita jelaskan dengan beberapa sudut pandang: 1. Allah Maha Penyayang, tetapi juga Maha Bijaksana     Allah memang Pengasih dan Penyayang. Tapi kasih sayang Allah bukan bermaksud manusia tidak akan diuji. Kerana apa?     Kerana dunia ini bukan tempat balasan akhir, tetapi medan ujian. Allah berfirman:  “Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Surah al-Mulk: 2)     Maka, kesusahan, kekurangan, dan kesakitan ialah ujian untuk menilai kesabaran, keimanan, dan syukur manusia.  Termasuk ujian kemiskinan dan cacat anggota badan. Apa perlunya u...

244) APA PESAN ALLAH KEPADA YANG SAKIT, MISKIN DAN TIADA ANAK?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum,         Pernah ada tiga orang datang kepada imam  Hasan al Basri r. h  (110H). Hasan al Basri ini ulama tabiin. Jika orang merasa imannya lemah, rasa jauh dari Allah,  akan datang kepada Hasan al Basri, kerana bicaranya hanya bab kuburan, syurga  dan neraka. Banyak bicara sekitar itu. Dan banyak mengembalikan orang kepada Allah swt. Iaitu bertaubat.  Sakit       Kemudian  tiga orang itu datang serentak ke majlis ilmunya. Yang pertama mengatakan , saya ini sudah lama kena penyakit. Sudah berubat kesana-sini tapi tak pernah sembuh. Apa saranan tuan? Kata Hasan al Basri, perbanyakkan istighfar.  Bukan hanya istighfar  tapi banyakkan,  ulang dan ulang. Semasa duduk,  semasa baring, terus lakukan.  Mohon ampun pada Allah. Lalu orang itu pulang.  Miskin        Datang orang kedua katanya, saya sudah lama  bekerja tapi tak...