Langkau ke kandungan utama

244) APA PESAN ALLAH KEPADA YANG SAKIT, MISKIN DAN TIADA ANAK?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,

        Pernah ada tiga orang datang kepada imam  Hasan al Basri r. h  (110H). Hasan al Basri ini ulama tabiin. Jika orang merasa imannya lemah, rasa jauh dari Allah,  akan datang kepada Hasan al Basri, kerana bicaranya hanya bab kuburan, syurga  dan neraka. Banyak bicara sekitar itu. Dan banyak mengembalikan orang kepada Allah swt. Iaitu bertaubat. 


Sakit

      Kemudian  tiga orang itu datang serentak ke majlis ilmunya. Yang pertama mengatakan , saya ini sudah lama kena penyakit. Sudah berubat kesana-sini tapi tak pernah sembuh. Apa saranan tuan? Kata Hasan al Basri, perbanyakkan istighfar.  Bukan hanya istighfar  tapi banyakkan,  ulang dan ulang. Semasa duduk,  semasa baring, terus lakukan.  Mohon ampun pada Allah. Lalu orang itu pulang. 


Miskin

       Datang orang kedua katanya, saya sudah lama  bekerja tapi tak pernah kaya seperti si fulan (iaitu orang kaya di kota Basrah itu).  Apa saranan tuan? Kata Hasan al Basri, perbanyakkan istighfar.


Tiada anak

       Datang orang ketiga berkata, saya sudah lama bernikah  tapi tak dikurniakan anak walau sudah berikhtiar sana-sini.  Apa saranan tuan?   Jawab  Hasan al Basri, perbanyakkan istighfar dan sila amalkan Orang itu pun pulang.  .


Istighfar

    Kemudian  orang-orang di sekitar majlis itu bertanya, wahai imam kenapa tuan menyuruh mereka istighfar saja. Tidakkah ada antara mereka yang perlukan tabib, ada yang  perlukan modal untuk perniagaan?

     Maka kata Hasan al Basri,  tidakkah anda membaca surah Nuh: 10-12  ?  

   
   Midrara itu maknanya boleh jadi hujan yang lebat, boleh jadi rezeki yang non-stop , berterusan yang diberi oleh Allah .
      
    Manakala perkataan yumdidkum pula bermakna memanjangkan atau menambah apa yang dia ada oleh Allah.  Yang kaya Allah tambah lagi kayanya, dan yang miskin Allah kayakan.   Ini janji Allah.

     Dan dari perkataan wabanin bermakna Allah beri anak atau tambah anaknya. Anak adalah harta juga terutama anak yang soleh. 

    Jadi apa saranan Allah kepada mereka yang sakit, miskin dan  tiada anak? Iaitu berterusan istighfar. Bukan istighfar 2 hari lepas itu kata tak ada apa pun.

      Ini janji Allah kepada kaum nabi Nuh a.s  tapi ia kekal kepada umat yang kitabnya al quran ini hingga hari kiamat. 

     Semoga anda baca,  amal dan sampaikan kepada orang lain. 



      
      

Dari kuliah: Dr. Khalid Basalamah
Klang.
18/5/25

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...