Bismillah. Assalamu'alaikum, Jika kita sudah mempelajari apa kepentingan tauhid dan apa makna tauhid, maka mempelajari lawan kepada tauhid itu akan menambah kefahaman kita kepada tauhid. Lawan kepada tauhid ialah syirik . Seperti kata pepatah , " Bila mengenal lawan , segala perkara menjadi semakin jelas." Dengan mengenal syirik maka kita lebih faham lagi mengenai tauhid. Dengan mengenal bid'ah kita lebih faham tentang sunnah. Oleh kerana itu untuk kita lebih mengenal tauhid maka kita mesti mengenal apa itu syirik dan jenis-jenisnya. Bila kita mempelajari syirik secara terperinci maka kita akan mengenal tauhid secara terperinci pula. Adapun mempelajarinya secara kasar sahaja, maka kurang menafaatnya terutamanya di zaman kita ini. Masyarakat kita, kalau ditanya tentang syirik , tidak ada yang suka dengan syirik. Tetapi ramai di antara mere...