Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Apakah Maksud “Dekat kepada Allah”? Dalam Islam, “dekat kepada Allah” bukanlah bermaksud dekat dari segi tempat atau jarak fizikal, kerana Allah Maha Tinggi dan tidak terikat dengan ruang dan masa. Sebaliknya, kedekatan kepada Allah ialah kedekatan maknawi dan rohani. Iaitu dekat dari sudut: > Dekat dengan Ilmu dan Pengetahuan Allah > Dekat dengan Rahmat, Pertolongan dan PenjagaanNya > Dekat kerana doa diterima > Dekat kerana Cinta Allah kepada Hamba > Dekat dengan Hidayah dan Taufik Apa Tanda Orang yang Dekat dengan Allah? Iaitu tandanya dapat diketahui seperti: > Tenang walau diuji > Malu untuk bermaksiat walau sendirian > Bergantung kepada Allah, bukan makhluk > Sentiasa kembali kepada Allah Bagaimana mendekatkan diri kepada Allah? Dekat dengan Allah mengiku...