Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Apakah Hidayah? Hidayah ialah petunjuk daripada Allah yang membawa seseorang kepada kebenaran, iman, dan jalan hidup yang lurus. Ada sesetengah orang pada mulanya ia mendapat hidayah, tetapi akhirnya ia tergelincir. Ada pula orang yang kelihatan jauh dari hidayah, tetapi akhirnya ia diberikan hidayah. Apakah sebabnya berlaku begitu? Adakah niat awal seseorang mempengaruhi apa akhirnya ia dapat dari Allah? Niat Ya, niat seseorang sangat mempengaruhi hidayah yang Allah berikan. Ini kerana hidayah bukan diberi secara rawak, tetapi sesuai dengan kesungguhan hati seseorang untuk mencari kebenaran. Berikut ini diberi hubungan niat dengan hidayah secara ringkas: 1. Niat menentukan tahap hidayah yang Allah beri 2. Hidayah diberi kepada mereka yang mahu membuka hati 3. Allah menambah hidayah kepada mereka yang ada niat yang baik 4. Hadis:...