Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum. Bukan sekadar nafkah Dalam rumah tangga, menjadi suami bukan sekadar tentang mencari nafkah dan memimpin keluarga. Kepimpinan juga memerlukan rendah hati, kasih sayang, kebijaksanaan dan kesediaan mendengar . Seorang suami mungkin mampu menyediakan keperluan keluarga, tetapi jika nafkah dijadikan alat untuk mengawal isteri, kepimpinan itu boleh berubah menjadi tekanan. Suami yang benar-benar kuat bukan yang sentiasa mahu menang, tetapi yang mampu merendahkan ego demi menjaga hati dan keharmonian keluarganya. Berikut beberapa ciri suami yang sombong: 1. Memberi nafkah lalu merasakan dia boleh mengawal segala-galanya. Nafkah ialah tanggungjawab, bukan lesen untuk merendah kan atau mengawal isteri sesuka hati. Jangan sampai pemberian yang sepatutnya menjadi amanah berubah menjadi senjata untuk berkata, “Aku yang tanggung semuany...