Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel amal soleh

329) APA SYARAT UNTUK MASUK SYURGA?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Masuk Syurga Dengan Apa?       Syurga itu kepunyaan Allah, bukan siapa-siapa. Oleh itu jika hendak masuk syurga mestilah dengan syarat yang ditentukan oleh Allah. Apakah syaratnya?    Syarat masuk syurga adalah dengan iman yang benar dan amal soleh, bukan semata-mata keturunan, gelaran, bangsa, kelompok, atau dakwaan kosong. Dalil-dalil daripada Al-Qur'an dan Hadis sangat jelas dalam perkara ini. Dalil dari Al-Qur’an: 1. Surah An-Nisa' ayat 57  "Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh, akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (An-Nisa’ 4:57) Tafsir ayat berdasarkan tafsir Ibnu Kathir, Al-Jalalayn, dan al-Sa'di: a)   "Ùˆَالَّذِينَ آمَÙ†ُوا ÙˆَعَÙ…ِÙ„ُوا الصَّالِØ­َاتِ" "Orang-orang yang beriman dan beramal soleh" Beriman kepada apa?    Iaitu beriman kepada Allah, Rasul, kitab-Nya, malaikat, hari akhirat, dan qa...