Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Apa makna Laknat? Laknat Allah bermaksud ' Pengusiran dan penolakan dari rahmat Allah serta jauh dari kasih sayang dan redha-Nya, baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.' Bentuk-bentuk laknat ini boleh dilihat dalam berbagai keadaan dan hukuman yang Allah timpakan kepada golongan yang dimurkai-Nya. Berikut ialah bentuk-bentuk laknat Allah dengan dalil daripada Al-Qur’an dan Hadis: 1. Dilaknat Secara Lisan oleh Allah dalam Al-Qur’an Allah menyebut secara jelas laknat terhadap golongan tertentu. Misalnya , "Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka)." (Surah Al-Ahzab: 64) Dan, "Mereka itu dilaknat oleh Allah, oleh para malaikat dan oleh manusia semuanya." (Surah Ali ‘Imran: 87) Ciri-ciri orang yang dilaknat dalam ayat ini iaitu orang yang: - Kufur kepada Al...