Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bukti

450) APA BUKTI AL QURAN ITU BENAR-BENAR DARI TUHAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Adakah al quran itu benar-benar dari Tuhan?       Ramai orang tak mengambil berat tentang kandungan al quran kerana  terkadang ia tak yakin al quran  itu benar-benar dari tuhan. Jadi, mari kita jelaskan bahawa al quran itu benar-benar dari tuhan.    Berikut bukti-bukti bahawa al-Quran itu benar-benar dari Tuhan (Allah), dijelaskan secara ringkas dan mudah: 1. Keajaiban bahasa yang tidak dapat ditandingi    Bahasa al-Quran sangat tinggi, padat, indah dan sempurna sehingga para pakar bahasa Arab pada zaman Nabi gagal menandinginya — walaupun mereka adalah ahli bahasa terbaik. Allah sendiri mencabar manusia supaya mendatangkan satu surah seperti al-Quran, dan hingga kini tiada siapa mampu.    Satu contoh keajaiban bahasa al-Quran ialah ayat yang sangat ringkas tetapi padat makna dan penuh keindahan, seperti: (Surah Ad-Duha: 1–2) Keajaibannya : a)  Ringkas tapi pen...

121) APA BUKTI AL QURAN ITU DARI ALLAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum ,           Musyrikin Mekah tidak mahu menerima risalah al quran yang dibawa oleh  nabi Muhammad s.a.w kepada mereka. Mereka menuduh nabi dengan bermacam-macam hal. Ahli sihir, mereka-reka kitab baharu , mencedok dari kitab Injil, orang gila dan sebagainya. Tetapi Allah sendiri  menjawab tuduhan mereka itu di dalam  surah Yunus:37 ini,          Dalam ayat ini Allah menafikan bahawa al quran itu direka-reka oleh nabi Muhammad sa.w.         Bahkan, al quran itu satu kitab yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya iaitu Taurat dan  Injil.  Al quran tidak bercanggah dengan dua kitab tersebut, bahkan  kitab tersebut juga ada menceritakan tentang turunnya al quran dan nabi terakhir. Bermakna ia saling kuat menguatkan atau membenarkan antara satu sama yang lain.          Antara lain  fungsi al quran itu diturunkan  kepa...

111) APA BUKTI CINTA KITA KEPADA NABI S.A.W?

Bismillah. Assalamu'alaikum,            Setiap muslim pasti  mengaku mencintai nabi Muhammad s.a.w.  Namun kecintaan itu memerlukan pembuktian . Cinta tanpa bukti adalah cinta yang palsu, cinta yang tidak benar. Cinta yang jujur,   cinta yang benar mestilàh dibuktikan.  Iaitu dengan mengamalkan bukti cinta itu dalam diri.            Ada 10 bukti mencintai nabi Muhammad s.a.w  yang harus diambil perhatian. Ini berdasarkan ayat quran dan hadits,    iaitu: 1) Wajib mencintai Beliau melebihi siapapun           Iaitu  mencintai beliau melebihi anak kita, pasangan kita  , ibubapa atau seluruh manusia. Lihat al Ahzab: 6,       Maka kita wajib mencintai beliau melebihi diri kita  sendir i.  Ini juga berdasarkan hadits Bukhari,           Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: “Tidak s...