Bismillah.
Dan Allah juga menetapkan bahawa taat kepada rasulullah s.a.w sama seperti taat kepada Allah s.w.t. Dan menentang beliau sama dengan menentang Allah. Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah anNissa:80,
Assalamu'alaikum,
Setiap muslim pasti mengaku mencintai nabi Muhammad s.a.w. Namun kecintaan itu memerlukan pembuktian . Cinta tanpa bukti adalah cinta yang palsu, cinta yang tidak benar. Cinta yang jujur, cinta yang benar mestilàh dibuktikan. Iaitu dengan mengamalkan bukti cinta itu dalam diri.
Ada 10 bukti mencintai nabi Muhammad s.a.w yang harus diambil perhatian. Ini berdasarkan ayat quran dan hadits, iaitu:
1) Wajib mencintai Beliau melebihi siapapun
Iaitu mencintai beliau melebihi anak kita, pasangan kita , ibubapa atau seluruh manusia. Lihat al Ahzab: 6,
Maka kita wajib mencintai beliau melebihi diri kita sendiri. Ini juga berdasarkan hadits Bukhari,
Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: “Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya.” (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih
Mengapa kita harus mencintai nabi s.a.w melebihi sesiapa pun? Sekurang-kurangnya ada 2 sebab:
1. Allah s.w.t mencintai beliau melebihi seluruh makhluk lain. Inilah yang disebut cinta kerana Allah.
Jadi, kenapa kita mencintai nabi s.a.w? Kerana Allah mencintai beliau melebihi seluruh makhluk maka kita pun mencintai beliau melebihi seluruh makhluk lain. Kenapa Allah paling mencintai beliau? Kerana beliau adalah hamba yang paling bertaqwa. Kalau kita cinta seseorang kerana iman dan taqwa maka itulah cinta kerana Allah.
Kalau kita benci seseorang kerana dosanya, maksiatnya atau kedurhakaan nya, maka itulah benci kerana Allah s.w.t. Nabi bersabda,
“Ikatan iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. ath-Thabarani, dinyatakan hasan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam as-Silsilah ash-Shahihah)
2. Kerana beliau orang yang paling baik kepada kita.
Tidak ada dalam sepanjang sejarah manusia, seseorang yang lebih baik kepada orang lain , yang lebih besar jasanya kepada orang lain melebihi nabi Muhammad s.a.w.
Apa kebaikan dan jasa beliau kepada kita ? Iaitu menunjuki jalan kebenaran. Sehingga kita bahagia di dunia dan akhirat, dan kita selamat dari azab Allah s.w.t. Kebaikan beliau kepada kita Allah sebut dalam surah at Taubah:128,
Dengan sebab itu maka beliau lah yang lebih kita cintai dari diri kita, ibubapa kita dan seluruh manusia lainnya.
2) Tidak boleh membenci beliau dan ajaran beliau
Kerana membenci itu bertentangan dengan kecintaan. Allah memberi amaran keras kepada orang yang membenci beliau dalam surah al Kautsar,
Maksud terputus itu ialah ' orang itu terputus penyebutannya dari kebaikan dunia dan akhirat' . Ertinya, orang yang membenci nabi Muhammad s.a.w
dan membenci ajaran beliau, dia terputus sama sekali dari kebaikan dunia dan akhirat. Maksudnya dia bukan lagi muslim. Ertinya sesiapa yang membenci nabi Muhammad s.a.w atau membenci salah sàtu ajarannya maka terbatallah keislamannya.
Sebagaimana juga Allah ingatkan dalam surah Muhammad:9,
Maka, termasuk perkara yang membatalkan keislaman ialah membenci nabi Muhammad s.a.w atau salah seorang rasul. Atau membenci ajaran-ajaran beliau iaitu al quran. Maka tidak boleh ada sedikitpun kebencian kepada nabi Muhammàd s.a.w.
3. Beriman kepada beliau
Tidak ada gunanya cinta kita kepada nabi s.a.w tanpa beriman kepada beliau. Ulama memberitahu, beriman kepada beliau mempunyai 2 rukun:
1. Beriman kepada beliau sebagai hamba Allah.
2. Beriman kepada beliau sebagai utusan Allah.
Sebagaimana di surah al Kahfi:110,
Di dalam ayat ini Allah menyebut 2 hal tentang nabi Muhammad s.a.w, :
1. Beliau ialah manusia biasa seperti kita.
Maksudnya beliau tidak sedikitpun memiliki sifaf-sifat yang menyamai sifat Allah. Beliau tidak tahu perkara ghaib kecuali jika Allah turunkan wahyu kepadanya. Beliau tidak dapat memberi menafaat atau menimpakàn mudharat. Atau menghilangkan mudharat dari kita. Jika kita panjatkan doa kepada beliau, beliau tidak mendengar doa kita. Tidak ada satu pun dalil yang nabi mendengar doa-doa kita. Bahkan beliau bersabda,
“Sesungguhnya Allah memiliki para malaikat yang berlegar-legar di bumi, mereka menyampaikan salam umatku kepadaku di mana pun mereka berada.”
(Sahih. Riwayat Nasa’i).
Bererti beliau tidak dapat mendengar salam kita. Ada malaikat yang Allah tugaskan menyampaikan solawat dan salam kepadanya. Bukan doa yang dimohonkan kepada beliau. Beliau tidak mendengar doa kita dan mengabulkan doa kita. Beliau manusia biasa sama seperti kita. Beliau tertimpa sakit, beliau terluka dan gigi beliau patah di dalam perang Uhud. Beliau terkena sihir, tapi Allah sembuhkan. Tapi Allah tetapkan dalam takdirnya beliau terkena sihir.
Hikmahnya ialah agar kita yakin beliau manusia biasa seperti kita. Dan beliah wafat sama seperti kita wafat.
Namun kata Allah,
"Sampaikan (wahai Muhammad) kepada umatmu bahawa aku mendapat wahyu".
Maka kita harus meyakini bahawa beliau adalah utusan Allah s.w.t.
Dalam beriman kepada nabi s.a.w sebagai utusan Allah , ada 3 perkara penting yang harus kita imani:
1. Mengimani beliau sebagai nabi dan rasul yang terakhir. Sebagaimana Allah tegaskan dalam surah al Ahzab:40,
Ulama Islam sepakat bahawa jika ada muslim yang meyakini ada nabi lain selepas nabi Muhammad diutus, maka Islamnya terbatal, dia bukan lagi seorang muslim. Oleh itu ulama Islam menetapkan bahawa Ahmadiah bukan sebahagian dari kaum muslimin.
2. Meyakini beliau diutus sebagai nabi dan rasul untuk seluruh manusia.
3. Meyakini beliau nabi dan rasul sampai akhir zaman.
Kedua-dua point , 2 dan 3 ini tercakup dalam surah al Araf: 158,
Ertinya, utusan untuk seluruh manusia, samada orang Arab atau bukan Arab. Dan mencakup manusia zaman beliau sampai hari kiamat. Oleh itu jika ada muslim yang berkata bahawa syariat islam hanya terpakai di negeri Arab sahaja, tidak berlaku di lain-lain tempat, maka itu termasuk pembatal keislaman. Dia bukan lagi seorang muslim. Ertinya ia tidak beriman kepada nabi Muhammad sebagai utusan Allah.
Atau seorang muslim mengakui syariat Islam sudah tidak relevan dengan zaman. Tidak sesuai kerana zaman sudah maju, maka dia bukan lagi seorang muslim. Ini pembatal keislaman.
4. Syariat beliau sempurna.
Ajaran-ajaran nabi s.a.w tidak mengandungi kekurangan sedikit pun. Sempurna mengatur seluruh aspek kehidupan kita. Tidak ada kekurangan sedikit pun seperti Allah tegaskan dalam surah al Maidah:3,
Inilah empat cakupan keimanan nabi s .a.w sebagai utusan Allah.
4. Membela beliau dan membela ajaran nya
Ini juga bukti jika kita cintakan nabi s.a.w. Sebagaimana Allah katakan di dalam surah al Araf : 157,
Kita wajib membela belliau , Kalau ada orang mencaci maki beliau, kita wajib membela. Wajib kita perintahkan orang itu berhenti dari mencaci maki beliau, kita dakwahi dia, nasihati dia. Tapi kalau kita pemerintah, bukan sekadar menasihati, tetapj kita tangkap dan beri hukuman. Itu khusus pemerintah.
Ulama sepakat menetapkan bahawa orang yang menghina nabi s.a.w maka:
1. Islamnya terbatal
2. Dia dikenakan hukuman mati oleh pemerintah , bukan masyarakat.
Kalau dia bertaubat ulama berbeza pendapat. Samada ia tetap dihukum atau dimaafkan. Ramai ulama berpendapat ia tetap dihukum kerana, kita tidak tahu samada nabi s.a.w memaafkan dia atau tidak.
5. Memuliakan beliau dan ajaran-ajarannya
Bukti cinta kita lagi ialah memuliakan, mengagungkan dan kita junjung tinggi ajaran nabi s.a.w sebagaimana Allah ingatkan dalam surah al Fath:9,
Ayat ini memberi ingatan supaya kita mengagungkan dan memuliakan rasulullah s.a.w . Dan mengagungkan beliau itu adalah dasar keimanan.
Di masa nabi , ada seorang yang ikut berjihad dalam perang Tabuk. Kemudian dia secara olok-olok telah menghina nabi Muhammad s.a.w. Menghina maksudnya lawan kepada mengagungkan. Maka, Allah kafirkan dia seperti kata Allah dalam surah at Taubah: 65,66,
Walaupun mencaci nabi secara main-main, tetap ia telah kafir. Jadi harus hati- hati. Begitu juga ketika hadits beliau disampaikan, kita dengar dan fahamkan. Jangan kita berbual-bual ketika hadits disampaikan. Itulah cara mengagungkan nabi s.a.w.
Suatu masa , Imam Hamad bin Zaid r.h , pernah menceritakan ,
Kami bersama Ayyub as Sikhtiani r.h Beliau mendengar ada orang bertengkar ketika hadits nabi disampaikan. Maka beliau bertanya , apa hal yang berlaku? Lalu katanya , belumkah sampai kepada mereka bahawa mengangkat suara ketika hadis nabi s.a w disampaikan , itu sama hukumnya mengangkat suara di hadapan beliau, sama seperti orang yang tidak sopan di hadapan nabi s.a.w. Apakah akibatnya kalau begitu? Di terangkan dalam surat al Hujurat: 2,
Bahaya besar jika kita datang ke majlis ilmu mendengar hadis nabi , lalu kita bersuara keras. . Sepatutnya datang ke majlis ilmu dapat pahala , sebaliknya dapat dosa dan amalannya terhapus. Jadi , mengagung kan beliau harus mengagungkan hadis-hadis beliau dan sunnah-sunnah beliau.
6. Mempelajari sunnah-sunnah beliau dan mengamalkannya.
Jika cintakan nabi, maka kita harus mempelajari petunjuk-petunjuk beliau, perintahnya dan larangannya. Kemudian kita amalkan. Kita taati perintah-perintah beliau dan kita jauhi larangan-larangan beliau.
Kalau ada orang mengaku cinta tapi tak mempelajari dan mengamal petunjuk-petunjuk orang yang dia cintai, maka itu kecintaan yang palsu.
Dan Allah menetapkan bahawa mentaati beliau itulah jalan hidayah. Tidak ada hidayah kecuali mentaati petunjuk-petunjuk dari nabi s.a.w. Seperti dalam surah an Nur:54
Jika kamu mentaati rasul maka kamu akan mendapat hidayah.
Juga Allah menetapkan untuk mencapai cinta Allah, keampunan dan rahmatnya ialah dengam mengikuti beliau. Sebagaimana dalam surah ali Imran: 31,
Dan Allah juga menetapkan bahawa taat kepada rasulullah s.a.w sama seperti taat kepada Allah s.w.t. Dan menentang beliau sama dengan menentang Allah. Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah anNissa:80,
Bahkan Allah menetapkan bahawa inilah jalan menuju syurga. Dan sabda nabi s.a.w,
Setiap umatku masuk syurga kecuali yang enggan, ” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, lantas siapa yang enggan?” Nabi menjawab: “Siapa yang taat kepadaku, masuk syurga dan siapa yang membangkang aku berarti ia enggan.” (HR. Bukhari : 6737 )
Ada perbezaan antara perintah dan larangannya ?. Beliau bersabda ,
"Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian"
(Riwayat Bukhari, Muslim)
Jadi jikalau sesuatu itu dilarang oleh nabi mesti kita tinggalkan. Tak boleh kita berkata tidak mampu. Manakala jika sesuatu itu suatu suruhan maka lakukan semampu kita. Contohnya, jika tak mampu solat berdiri, maka duduk , tak mampu duduk maka berbaring. Itulah perbezaan antara larangan dan perintah nabi.
Sebab meninggalkan larangan itu lebih mudah dari melakukan perintah . Kerana jika larangan, cukup dengan tidak membuat larangan itu. Sedangkan perintah, untuk mengamalkannya maka harus ada perbuatan kita. Maka itu lebih berat dari meninggalkan yang dilarang.
7. Mencintai ahlul bait.
Iaitu mencintai keluarga nabi Muhammad s.a.w. Dan di dalam hadis ,
Dari Zaid bin Arqam RA, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Ahl al-Baytku (keluargaku). Jika kalian berpegang teguh dengannya maka tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Sungguh keduanya tidak akan pernah saling berpisah hingga kelak akan berjumpa denganku di telaga Al-Haudh”
(Riwayat Tirmizi ,Nasaie dan Hakim)
Rasulullah ingatkan kita dengan Allah pada ahlul baitnya. Ini bermakna beliau perintahkan kita berlaku baik kepada keluarga beliau. Tetapi dalam mencintai ahlul bait tidak boleh ghuluw atau berlebih-lebihan. Contohnya, menganggap mereka maksum tiada kesalahan. Menganggap katanya seperti kata nabi. Mereka adalah manusia biasa seperti kita.
Kalau benar katanya kita ikuti, kalau salah jangan diikuti.
8. Mencintai para sahabat beliau
Walaupun mereka semua sudah wafat, kita tetap mencintai mereka. Dan kita tidak boleh merendahkan seorang pun sahabat nabi s.a.w.
Dari Abu Sa’id Al Khudri Radhiyallahu ‘ahnu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,
”Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas seperti Gunung Uhud, tidak akan menyamai satu mud (infaq) salah seorang dari mereka dan tidak pula setengahnya.
(Riwayat Bukhari)
Ada para sahabat yang diriwayatkan mempunyai kesalahan. Seperti peperangan antara Ali dan Muawiyah. Ulama ahli sunnah menyatakan dalam hal ini Ali yang benar, Muawiyah yang salah.
Tetapi kita tidak boleh membenci Muawiyah. Tidak boleh membencinya. Kerana Allah sendiri memaafkannya kerana kebaikan mereka begitu banyak. Dan Allah berkata dalam surah Hud:114,
Kebaikan Muawiyah banyak sekali. Dia termasuk orang yang mencatat al quran . Setiap kali kita membaca alquran beliau juga mendapat pahalanya.
Dia juga adalah bapa saudara kepada orang beriman kerana saudarinya Ummu Habibah adalah isteri nabi s.a.w. Dan nabi melarang mencerca sahabat walaupun mereka ada kesalahan. Kebaikan mereka jauh lebih banyak dari kesalahannya. Allah memaafkan kesalahan-kesalahan mereka.
Rasulullah bersabda lagi,
: “Tanda keimanan adalah cinta kepada kaum Anshar. Dan tanda kemunafikan adalah membenci kaum Anshar”. (HR. Al-Bukhari)
Apalagi jika membenci muhajirin kerana muhajirin lebih mulia dari kaum ansar. Maka mencintai mereka lebih besar imannya dan membenci mereka lebih besar tanda munafiknya.
Imam Malik mengkafirkan orang syiah kerana mereka membenci para sahabat nabi s.a.w. Dengan dalil firman Allah dalam surah Fath :29,
Berdasarkan ayat ini imam Malik mengkafirkan orang-orang syiah kerana mereka membenci sahabat nabi s.a.w. Tetapi kekafiran syiah jauh lebih banyak, itu hanya sedikit sahaja.
9. Memperbanyak salawat kepada beliau.
Bukti cinta nabi lagi ialah memperbanyakkan salawat kepada beliau. Allah juga memerintahkan dalam al ahzab: 56,
Dan rasulullah s.a.w mengingat kan kita,
“Orang yang bakhil adalah ketika disebut namaku di dekatnya, ia tidak mengucapkan shalawat kepadaku” (HR. Tirmidzi)
Dan sabdanya lagi ,
"Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)
Allah bersalawat kepada hambaNya bererti Allah merahmati dan mengampuni hambaNya itu. Maka perbanyakkanlah bersalawat kepada nabi Muhammad s.a.w.
Orang Nasrani menuduh orang beriman bersalawat ke atas nabi kerana nabi belum selamat. Itu tidak benar. Bukan kerana supaya beliau selamat. Tetapi agar ditambahkan lagi kebaikan untuk beliau. Beliau sudah dijamin syurga yang paling tinggi . Bahkan Allah sudah menjanjikan dengan tegas dalam al kautsar: 1,
Al kautsar itu selain mikmat adalah satu sungai di syurga. Beliau sudah pasti masuk syurga dan salawat itu menambah kebaikan dan rahmat untuk beliau. Bukan kerana beliau belum selamat.
10. Menyebarkan ajaran-ajaran beliau seluas-luasnya.
Bukti kita cintakan nabi lagi iaitu mempelajari , mengamalkan dan menyebarkan seluas-luasnya ajaran beliau. Inilah cara terbaik meneladani nabi s.a.w. Sebagaimana Allah ingatkan dalam alquran, surah Yusuf:108,
Iaitu mengajak manusia kepada Islam dan ajaran islam, maka jika kita benar-benar cinta kepada nabi s.a.w maka pelajari ,amalkan dan sebarkan ajaran-ajaran beliau ke mana saja.
Sabda nabi s.a.w lagi,
Dari Abdullah ibn Amr: Bahwa Nabi saw bersabda: Sampaikan dariku sekalipun satu ayat dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak apa (dosa). Dan barang siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka." (HR: Bukhari)
Lagi pujian rasulullah s.a.w kepada penyebar ajarannya ,
Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, daripada Nabi SAW bersabda:-
“Sesungguhnya Allah akan memperindahkan seri wajah seseorang yang mendengar perkataanku, lalu dia memahaminya, menghafalnya dan menyampaikan kepada orang lain. Barangkali orang yang memahami hadis tersebut akan menyampaikan kepada orang lain yang lebih faqih (faham) daripadanya. :
(HR Tarmizi)
Inilah 10 bukti jika kita cintakan nabi Muhammad s.a.w . Hendaklah kita membuktikannya sedaya mampu kita dan mereka yang lebih dekat dengan nabi s.a.w pastilah yang paling banyak mengamalkan ajaran-ajarannya.
Padang Jawa.
4/10/23
Ulasan
Catat Ulasan