Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Adam

692) Dalam 38:78, Kenapa Allah hukum iblis dengan hukuman yg sangat keras padahal dia hanya tak mau sujud kepada Adam saja?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Hukuman kepada iblis       Dalam Surah Sad ayat 78, Allah berfirman:      “Dan sesungguhnya ke atasmu laknat-Ku sampai hari pembalasan.” (Surah Sad 38:78)     Persoalan ini memang penting: mengapa hukuman Iblis begitu berat sedangkan zahirnya dia hanya enggan sujud kepada Adam?     Jawapannya: masalah Iblis bukan sekadar tidak sujud. Yang lebih besar ialah kesombongan, penolakan terhadap perintah Allah dan pembangkangan yang disertai penghinaan. Ini penjelasan  nya : 1. Sujud itu sebenarnya perintah Allah Allah memerintahkan: “Sujudlah kamu kepada Adam.” (Surah Al-Baqarah 2:34)    Sujud tersebut bukan menyembah Adam. Ia adalah sujud penghormatan yang diperintahkan Allah kepada mereka pada ketika itu. Jadi apabila Iblis enggan, persoalannya bukan sekadar, “Saya tidak mahu sujud kepada Adam.” Tetapi hakikatnya: “Aku tidak mahu mematuhi ...

212) MENGAPA ADA YANG MENYIMPANG?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,         Ketika iblis membuat salah, sombong tak mahu sujud, tapi siapa yang disalahkannya? Adam a.s. Kata syaitan, " Gara-gara kamu, aku terusir dari syurga. Gara-gara kamu aku dimurkai Allah dan dilaknat. Semuanya gara-gara kamu"        Subhanallah.     Dia yang buat salah  tapi orang lain yang dituduh. Bukankah perangai macam ini banyak? Berkelahi semut sama gajah  ,     orang lain yang salah. Bukankah lucu?         Yang salah itu iblis. Adam a.s  tak pernah melobi supaya orang sujud kepadanya.  Ada Adam a.s membisik kepada Allah supaya orang sujud kepadanya supaya terangkat darjatnya.?  Tidak. Adam hanya menerima takdir,    dia menjadi bahan  ujian  bagi malaikat dan iblis.  Kerana iblis, dek rajinnya beribadah    sudah seperti malaikat.       Tapi ternyata...