Langkau ke kandungan utama

212) MENGAPA ADA YANG MENYIMPANG?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,




        Ketika iblis membuat salah, sombong tak mahu sujud, tapi siapa yang disalahkannya? Adam a.s. Kata syaitan, " Gara-gara kamu, aku terusir dari syurga. Gara-gara kamu aku dimurkai Allah dan dilaknat. Semuanya gara-gara kamu"

       Subhanallah.     Dia yang buat salah  tapi orang lain yang dituduh. Bukankah perangai macam ini banyak? Berkelahi semut sama gajah  ,     orang lain yang salah. Bukankah lucu? 

       Yang salah itu iblis. Adam a.s  tak pernah melobi supaya orang sujud kepadanya.  Ada Adam a.s membisik kepada Allah supaya orang sujud kepadanya supaya terangkat darjatnya.?  Tidak. Adam hanya menerima takdir,    dia menjadi bahan  ujian  bagi malaikat dan iblis.  Kerana iblis, dek rajinnya beribadah    sudah seperti malaikat.  

    Tapi ternyata orang yang ber ibadah itu tidak semuanya ikhlas . Tidak semua yang beribadah itu hatinya lunak. Kecuali orang yang ikhlas. Maka,  Adam a.s disalahkan oleh iblis. Lalu iblis memusuhi Adam dan keturunannya terus-menerus. Walau kalau kita minta berdamai dengan iblis, tapi iblis tidak akan  mahu.  Kata iblis, "Datuk kamu itu yang jadi masalah". Tak hilang dendamnya sampai hari kiamat.

Terbahagi tiga

     Jadi akhirnya,  makhluk-makhluk di syurga itu, terbahagi tiga.  Iaitu malaikat, ia tetap di syurga. Kerana ia tak pernah derhaka , tak membantah dan melaksanakan.  Manakala yang membantah dan tak melaksanakan itu iblis. Dan akhir sekali tak membantah serta tak melaksana kan, itu Adam. 

    Kepada Adam, seolah-olah  kata Allah, makan lah apa saja disyurga,  kau tak perlu susah payah, tak perlu masak makanan, tak perlu mencuci apa-apa, tak perlu buat apa-apa.  Yang kedua,  Adam dan Hawa itu berbuat salah, tapi cepat bertaubat. Orang seperti ini harapan untuk balik itu kuat. 

       Yang ketiga, orang yang bersalah tapi membantah.  Orang menentang dan membangkang.  Orang begini  ada kasihan dan  ada rahmat lagi?  Sudahlah mem- bangkang, tak mengaku salah pula. Ada ramai orang begini?  Siapa gurunya ya?

       Dah jelas salah, tapi tetap mengatakan benar,  masih mahu menegakkan benang basah. Sedang nak menegak benang kering pun susah, inikan pula benang basah. 

    Maka iblis berjanji dan ber- sumpah akan menyimpangkan kita dari jalan syurga. Sebab dia dendam yang takkan pernah padam. Kesumatnya yang tak pernah hilang. 

     Oleh itu, kata syaitan,  

    


Turun dari syurga

         Oleh kerana Adam sudah bersalah maka Allah berfirman,


        Kata Allah, kalian turunlah semuanya dari syurga.

        Kalau turun, dari mana? Ada yang turun bukan  dari atas?  Saya sudah puas bertanya kepada orang-orang seperti orang Cina, orang Brazil,  orang Kemboja, dan lain-lain lagi, ada tak dalam bahasa mereka yang turun itu bukan  dari atas? Tidak ada kata mereka. Tidak ada yang turun bukan  dari atas.


Barang yang jelas

    Tapi , barang yang sejelas itu pun masih banyak orang menyimpang. Katanya  , tak boleh Allah turun, naik pun tidak boleh, tak boleh Allah datang,     semua serba tak boleh.     Padahal Allah yang mewahyukannya. Sama seperti Iblis diperintah Allah untuk sujud, Allah yang perintahkan, tapi dia tak mahu. Apa sebabnya?  Sebab tak sesuai di fikiran dan tak sesuai di perasaannya. 

       Apa fikir iblis? Aku lebih baik darinya, takkan yang lebih baik sujud kepada yang kurang baik?

     Wahai iblis,   ini perintah Allah. Yang,    bagi orang yang beriman  masuk akal atau tak masuk akal, bukan akal yang jadi ukurannya. Tapi kebenaran perintah yang datang dari yang berilmu yang ilmuNya tanpa batasan itu yang menjadi ukuran.

    Allah menceritakan tentang diriNya, nabi juga menjelaskan mengenaiNya, dan diterima secara ijmak oleh masyarakat yang tak seorang pun peribadinya yang masuk aliran  menyimpang. Siapakah mereka?       Iaitu para sahabat radhialla huanhum yang disebut sebagai salafussoleh. 
         

Semoga bermenafàat.


      
 

Dari kuliah Dr. Dasman
Padang Jawa.
2/12/24  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...