Bismillah. Assalamualaikum, Bila seseorang itu beragama, maknanya ia mengikut perintah Allah dan mengikut sunnah nabi sahaja. Tapi realitinya tidak . Perintah Allah dia ikut, sunnah nabi dia ikut tapi syaitan pun dia ikut juga. Larangan Allah supaya jangan mengikut langkah syaitan ini ada banyak di dalam al quran. Ini kerana masih ada orang beriman yang mengikut jejak langkah syaitan. Sedangkan syaitan itu adalah musuh yang nyata tapi ada orang menjadikan syaitan itu teman baiknya. Contohnya, ketika makan ia membazir, ketika berwudhu membazir, tidur tanpa baca doa, ketika berjalan , ketika melancong ia berkawan dengan syaitan. Bagaimana musuh dijadikan teman oleh seseorang? Sedangkan syaitan tidak mengajak seseorang kecuali untuk masuk neraka bersamanya. Lihat surah al baqarah :208 ...