Bismillah. Assalamua'alaikum, Husnul khatimah adalah impian semua orang yang beriman. Ia adalah kesimpulan bagi kehidupan kita di dunia ini selama hidup kita berpuluh-puluh tahun ini. Sabda nabi sa.w, ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙ…َا الأَعْÙ…َالُ بِالْØ®َÙˆَاتِيمِ “Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.” (HR. Bukhari, no. 6607) Ini bermaksud apa saja kebaikan atau keburukan yang kita lakukan di dunia ini disimpulkan pada amalan kita yang terakhir. Jadi , semua orang soleh sentiasa memerhatikan hal ini. Kerana tidak ada orang yang tahu apa kesudahan mereka. Tidak ada orang yang tahu takdir mereka yang tertulis di Lauh Mahfuz. Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya, Ibnu Abi Mulaikah berkata: "Aku bertemu dengan 30 sahabat Rasullah saw , semuanya bimbang berlaku nifaq pada diri mereka." Rasa tidak selamat. Tidak ada seorang pun daripada 30 orang sah...