Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel istighfar

597) ADA KISAH BENAR AMALAN ISTIGHFAR?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Amalan yang besar       Istighfar merupakan salah satu amalan yang sangat besar kedudukannya dalam Islam. Ia bukan sekadar lafaz “Astaghfirullah”, tetapi satu bentuk pengakuan seorang hamba bahawa dirinya lemah, sering melakukan kesilapan, dan sentiasa memerlukan keampunan Allah SWT.     Dalam banyak kisah ulama dan riwayat salaf, istighfar bukan sahaja menjadi jalan pengampunan dosa, tetapi juga menjadi sebab terbuka nya pintu rezeki, kemudahan hidup, dan ketenangan hati. Kisah Hassan al Basri     Salah satu kisah yang sangat terkenal datang daripada seorang tabi’in besar iaitu Hasan al-Basri. Beliau pernah didatangi oleh beberapa orang yang mengadu pelbagai masalah kehidupan. Ada yang mengadu kemarau panjang sehingga tanah menjadi kering dan tanaman mati. Ada yang mengadu kemiskinan yang berpanjangan. Ada juga yang mengadu belum dikurniakan zuriat walaupun sudah lama berkahwin. ...

570) BILA KITA ISTIGHFAR, APA SEBENARNYA YANG KITA MINTA DARI ALLAH?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Bila beristighfar    Bila kita beristighfar, apa yang sebenarnya yang kita minta dari Allah? Adakah minta ampun sahaja?      Apabila kita beristighfar (“Astaghfirullah”), hakikatnya kita sedang meminta beberapa perkara besar daripada Allah: 1. Memohon Allah ampunkan dosa kita     Ini makna paling asas istighfar — kita mengaku ber salah dan memohon keampunan.   “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisa’ 4:110)      Iaitu kita memohon ampun kepada Allah atas setiap dosa yang kita lakukan.  2. Memohon Allah tutup aib dan keburukan dosa kita    Perkataan maghfirah berasal daripada akar kata yang membawa makna menutup / melindungi. Ulama menjelas kan bahawa bila kita meminta ampun, kita juga meminta ag...

335) APA FADHILAT ISTIGHFAR?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Apa makna istighfar?    Istighfar ialah  ,     P ermohonan seorang hamba kepada Allah agar diampunkan dosanya, ditutup aibnya, serta tidak diseksa akibat kesalahan yang telah dilakukan.    Cara istighfar yang benar bukan sekadar mengucap di lisan, tetapi melibatkan hati, lisan, dan perbuatan, iaitu di iringi dengan amalan-amalan soleh Fadhilat Istighfar     Fadhilat istighfar (memohon ampun kepada Allah) sangat besar dalam Islam. Ia bukan hanya menghapuskan dosa, tetapi juga membawa keberkatan, ketenangan, rezeki, keselamatan, dan cinta Allah. Berikut adalah fadhilat istighfar beserta dalilnya: 1. Menghapuskan Dosa Dalil :    "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, niscaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa’ ayat 110)   Istigh...

299) BAGAIMANA MENDAPAT BERKAT DALAM HIDUP?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum. Bagaimana cara untuk mendapat keberkatan dalam hidup?         Mendapat keberkatan itu bermaksud, kita buat sesuatu, lalu mendapat balasan yang lebih baik dari apa yang kita buat atau kita mendapat sesuatu  ganjaran  secara berterusan.       Mari saya senaraikan cara mendapat keberkatan hidup menurut syariat, insya-Allah: Cara-cara meraih keberkatan hidup  1. Bertakwa kepada Allah    Ini asas segala barakah. Seperti ayat Allah:  “Sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, niscaya Kami bukakan bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi.” (Surah Al-A‘raf 7:96)     Taqwa membuka pintu berkat dari segala arah. 2. Menjaga silaturahim  Nabi ﷺ bersabda:  “Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (HR Bukhari, no. 5986)    Silaturahim adalah sumber ber...

274) APA YANG NABI BACA SEBAIK SAJA SELEPAS MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum  Zikir Selepas Salam    Zikir yang dibaca sebaik sahaja selesai solat fardhu, iaitu sebaik memberi salam, telah diajar oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam banyak hadis sahih. Ia merupakan zikir pembuka sebelum bacaan wirid dan doa selepas solat. Zikir Selepas Salam (Mula-mula Bacaan Zikir Lepas Solat)    Berikut adalah zikir pertama yang diajar oleh Nabi ﷺ sebaik sahaja memberi salam dari solat: 1. Istighfar (3 kali) > أَسْتَغْفِرُ اللهَ “Aku memohon ampun kepada Allah.” (dibaca 3 kali)  Dalilnya ialah dari hadis Riwayat Muslim: > عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا وَقَالَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ (Riwayat Muslim, no. 591)   Terjemahan Hadis: Dari Thauban r.a, beliau berkata: > “Apabila Rasulullah ﷺ selesai daripada solatnya, baginda akan beristighfar (men...

244) APA PESAN ALLAH KEPADA YANG SAKIT, MISKIN DAN TIADA ANAK?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum,         Pernah ada tiga orang datang kepada imam  Hasan al Basri r. h  (110H). Hasan al Basri ini ulama tabiin. Jika orang merasa imannya lemah, rasa jauh dari Allah,  akan datang kepada Hasan al Basri, kerana bicaranya hanya bab kuburan, syurga  dan neraka. Banyak bicara sekitar itu. Dan banyak mengembalikan orang kepada Allah swt. Iaitu bertaubat.  Sakit       Kemudian  tiga orang itu datang serentak ke majlis ilmunya. Yang pertama mengatakan , saya ini sudah lama kena penyakit. Sudah berubat kesana-sini tapi tak pernah sembuh. Apa saranan tuan? Kata Hasan al Basri, perbanyakkan istighfar.  Bukan hanya istighfar  tapi banyakkan,  ulang dan ulang. Semasa duduk,  semasa baring, terus lakukan.  Mohon ampun pada Allah. Lalu orang itu pulang.  Miskin        Datang orang kedua katanya, saya sudah lama  bekerja tapi tak...