Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kerana Allah

516) APA MAKSUD 'HIDUP DAN MATIKU KERANA ALLAH' ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Prinsip Tauhid   “Hidup dan matiku kerana Allah” ialah satu prinsip tauhid dan pengabdian total kepada Allah, sebagaimana firman-Nya:    “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.” (Surah Al-An‘ām: 162) Hidup dan matiku kerana Allah Apa maksudnya?    Kita sering membaca ayat ini - samada faham atau tidak-  dalam doa iftitah kita. Alangkah baiknya kalau kita faham pengakuan kita tersebut. Supaya kita tidak hanya bersuara di mulut, tetapi di hati kosong dari penghayatan.   Berikut penjelasannya secara terperinci: 1. Maksud 'Hidupku kerana Allah'    Hidup kerana Allah bermaksud seluruh kehidupan kita ditujukan untuk mencari keredhaan Allah, bukan semata-mata dunia, manusia, pangkat atau harta. Ianya merangkumi: Niat : Semua amalan diniatkan kerana Allah Perbuatan : Mentaati semua perintah Allah dan menjauhi semua la...