Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Sebuah amanah Rumah tangga adalah sebuah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang, kepercayaan dan tanggungjawab. Tidak semua perkara yang berlaku di dalam rumah tangga perlu diketahui oleh orang luar. Ada perkara yang lebih baik disimpan antara suami dan isteri kerana apabila sesuatu rahsia rumah tangga dibuka kepada orang lain, ia boleh mengundang salah faham, membuka ruang kepada fitnah dan menjatuhkan maruah pasangan. Berikut empat perkara yang wajar dijaga kerahsiaannya: 1. Pendapatan keluarga Sama ada pendapatan keluarga banyak atau sedikit, tidak perlu diceritakan kepada semua orang. Jika pendapatan besar, ia boleh mengundang rasa iri hati. Jika pendapatan kecil, mungkin menjadi bahan perbandingan atau sindiran. Cukuplah suami dan isteri mengetahui keadaan kewangan keluarga serta menguruskannya dengan bijaksana. 2. Pertengkaran dalam rumah tangga Perselisihan fa...
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Pengaruh yang besar Perkataan yang keluar daripada mulut kita bukan sekadar bunyi yang didengari oleh orang lain. Ia mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi, pemikiran, keyakinan diri dan kehidupan seseorang. Kadangkala, satu ayat yang baik mampu memberikan kekuatan kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan. Sebaliknya, satu ayat yang kasar boleh meninggalkan luka di dalam hati yang sukar dilupa kan. Sebab itulah Islam sangat menitikberatkan penjagaan lidah. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Inilah kesan atau pengaruh dari kata-kata yang kita ucapkan kepada pendengar: 1. Kata-kata boleh mempengaruhi emosi seseorang Kata-kata yang lembut boleh menggembirakan dan menenangkan hati seseorang. Contohnya, seorang isteri kelihatan sedih keran...