Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Hidup tenang. Hidup tenang bukan ber makna kita mempunyai segala-galanya. Bukan juga bermakna hidup kita bebas daripada masalah. Kadangkala, ketenangan hadir apabila kita belajar hidup secara sederhana, menerima kekurangan, memperbaiki kesilapan dan melepaskan perkara yang tidak perlu. Kita tidak mampu mengawal semua perkara yang berlaku dalam hidup, tetapi kita mampu mengawal cara kita berfikir, bertindak dan melayani orang lain. Berikut ialah 8 rumus sederhana yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih tenang. 1. Jangan hidup di luar kemampuan. Belajarlah membezakan antara keperluan dengan kehendak. Jangan memaksa diri membeli sesuatu hanya kerana mahu kelihatan setaraf dengan orang lain. Hidup mengikut kemampuan mungkin tidak membuatkan kita kelihat...