Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Anak yang jujur Setiap ibu bapa mahu anak yang jujur dan terbuka. Tetapi kadang-kadang, tanpa kita sedari, cara kita mendidik anak menyebabkan mereka takut untuk berkata benar. Anak yang takut dimarahi, dihukum atau dimalukan apabila melakukan kesalahan akhirnya belajar satu perkara: “Lebih baik aku sembunyikan daripada beritahu ibu dan ayah.” Jadi, jika kita mahu anak sentiasa jujur, elakkan kesalahan bimbingan berikut: 1. Jangan terus marah apabila anak melakukan kesalahan. Anak memang akan melaku- kan kesalahan kerana mereka masih belajar membezakan antara yang betul dan salah. Jika setiap kesalahan terus disambut dengan jeritan, herdikan atau hukuman, anak mungkin belajar takut kepada ibu bapa, bukannya belajar daripada kesalahan tersebut. Sebelum marah, cuba tenangkan diri dan fahami apa yang berlaku. Tanya anak mengapa dia melakukannya. Mungkin ...