Bismillah, Alhamdulillah, Assalamu'alaikum. Dalam Islam telah muncul berbagai aliran-aliran agama. Dan sering terjadi perdebatan dan perselisihan di antara aliran-aliran tersebut. Kebanyakan sebab timbulnya perselisihan tersebut adalah kerana munculnya kreativiti-kreativiti dalam beribadah. Di mana tiap-tiap aliran mempunyai cara ibadah tersendiri yang tak dimiliki oleh aliran yang lain. Mengenai hal ini nabi s.a.w pernah bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (khalifah-khalifah selepasku yang diberi petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu daripada perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat” (Hadith riwayat ...