Bismillah,
Alhamdulillah,
Assalamu'alaikum.
Dalam Islam telah muncul berbagai aliran-aliran agama. Dan sering terjadi perdebatan dan perselisihan di antara aliran-aliran tersebut.
Kebanyakan sebab timbulnya perselisihan tersebut adalah kerana munculnya kreativiti-kreativiti dalam beribadah. Di mana tiap-tiap aliran mempunyai cara ibadah tersendiri yang tak dimiliki oleh aliran yang lain. Mengenai hal ini nabi s.a.w pernah bersabda,
"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (khalifah-khalifah selepasku yang diberi petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu daripada perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat”
(Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Dari hadis di atas, dapat kita ambil beberapa point penting iaitu:
1) Perselisihan di sini ialah dalam masalah agama bukan hal-hal dunia .
2) Nabi s.a.w memberi solusi bila berlakunya perselisihan itu iaitu dengan kembali kepada sunnah nabi dan sunnah khalifah yang 4.
3) Perkara-perkara baru dalam agama (bid'ah) akan merosakkan agama seseorang.
Di antara aliran-aliran yang ada di nusantara ini ialah :
1) Aliran quraniun, yang berpegang kepada ayat quran sahaja, tidak berpegang kepada hadis,
2) Aliran Ahmadiah, yang terkeluar dari Islam,
3) Aliran syiah yang mengkafirkan para sahabat , dan menganggap imam-imam mereka maksum seperti nabi,
4) Aliran-aliran sufi yang melampau hingga bila sampai tahap tertentu seperti sudah tidak perlu solat, atau yang ghulluw mengatakan gurunya tidak pernah solat Jumaat di sini tetapi di Mekah, jasadnya saja ada di sini rohnya di Mekah. Ada juga yang berzikir dengan joget-joget.
5) Dan bermacam-macam lagi yang mempunyai cara ritual tersendiri.
Apakah sumber semua aliran-aliran ini? Iaitu , ia datangnya dari rekaan-rekaan baru atau bid'ah dalam beribadah dan berakidah yang tidak diajarkan oleh nabi s.a.w. Jikalau mereka kembali kepada cara nabi dan sahabat dalam beribadat, maka tidak akan ada cara baru dalam beribadah.
Tidak salah kreatif dan berinovasi dalam hal-hal dunia atau pekerjaan harian kita. , nabi sudah memberi saranan dalam hal ini, sabdanya,
"Kamu lebih mengetahui urusan duniamu.” (HR. Muslim, no. 2363)
Nabi tak melarang berkreativiti dan berinovasi dalam hal dunia, hal pekerjaan, hal kenderaan, binaan dan sebagainya. Tetapi nabi melarang berkreativiti dalam hal agama. Masalah agama sudah jelas dan sudah cukup dan tidak boleh membuat perkara-perkara baru yang tak dicontohkan oleh nabi s.a.w.
Misalnya dalam perkara ibadah saja sudah berapa banyak diajar nabi. Yang kita pun tak mampu nak membuat semuanya. Jika yang ada saja tak mampu kita kerjakan , kenapa mahu membuat lagi sesuatu yang bukan dari nabi?
Apa maksud bid'ah?
Bid'ah menurut etimologi berasal dari perkataaan al ikhtura' yang maknanya kreatitiviti . Ertinya melakukan sesuatu dalam agama yang tidak ada di zaman nabi s.a.w.
Perkara-perkara dunia tidaklah termasuk dalam maksud bid'ah diatas. Seperti kenderaan, komputer, internet, handphone dan lain-lain lagi. Yang dimaksud oleh nabi tersebut adalah hal-hal agama, ritual-ritual agama, ibadah dan akidah .
Bid'ah dalam agama ada beberapa bentuk. Iaitu:
1) Ibadah yang asalnya langsung tidak ada dalil sama sekali. Misalnya , solat raghaib di bulan Rajab, solat nisfu Syaaban, solat asyura , solat sunat selepas sa'i (di Mekah) dan lain-lain. Ini langsung tidak ada dalilnya. Maka sebab itu imam Nawawi menyebutkan bahawa ini adalah bid'ah yang mungkar yang tidak ada contohnya sama sekali dari nabi atau para sahabat.
2) Menambah dalam ibadah yang memang disyariatkan . Misalnya, menambah perkataan aliyullah seperti dalam azan orang syiah. Atau mengadakan azan dan iqamah dalam solat hari raya.
3) Mengurangkan ibadah yang sedia disyariatkan. Seperti berzikir dengan lafaz Allah, Allah. Ini tak pernah dibuat oleh nabi s.a.w. Semua zikir-zikir nabi ada maknanya, seperti Allahu akabar ( Allah maha besar), subhanallah ( Maha suci Allah), lailahaillallah ( tiada tuhan kecuali Allah), semua zikir nabi bermakna.
Kalau zikir Allah, Allah, Allah, kenapa dengan Allah? Tiada maknanya. Zikir yang benar itu ada maknanya, seperti Allahu akbar dan sebagainya. Lebih parah lagi mereka gantikan nama Allah itu dengan hu. Zikirnya hu,hu, hu.. ini tidak pernah dicontohi oleh nabi s.aw. dan para sahabat. Maka jadilah ia satu zikir yang bud'ah.
4) Mengubah sesuatu yang di syariatkan dari tempatnya.
Misalnya khutbah hari raya sebelum solat hari raya. Walau apa pun alasannya, seperti alasan supaya orang tidak balik terus selepas solat.
5) Meninggalkan perkara yang diizinkan dengan alasan mahu beribadah.
Seperti orang meninggalkan nikah kerana mahu menumpukan kepada ibadah semata-mata. Orang boleh menjadi bujang, tetapi tidak boleh meyakini bujang itu satu bentuk ibadah. Sabda nabi,
"Aku berpuasa dan kadangkala aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan ummahku)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Agama Islam telah sempurna
Ayat yang mulia yang turun di akhir hayat nabi ,semasa nabi mengerjakan haji wada' di padang Arafah. Iaitu firman Allah swt,
Seorang yahudi pernah berjumpa Umar r.a, katanya, 'Wahai Umar ada satu ayat dalam alquran jika ia turun kepada kami, kami akan jadikan hari tersebut hari perayaan.' Ayat tersebut ialah ayat di atas.
Tatkala turun ayat ini maka nikmat agama Islam telah sempurna. Sebagaimana imam Malik pernah berkata,
'Maka bila turunnya ayat ini, bila di masa nabi sesuatu itu bukan agama maka sekarang pun ia bukan agama. '
Kenapa? Kerana agama sudah sempurna . Umpama cawan sudah penuh dengan air. Jika ditambah lagi maka akan melimpah keluar.
Contohnya, jika di zaman nabi jilbab itu syariat, maka sekarang pun sama. Begitu juga jika di zaman nabi sesuatu itu bukan syariat maka sekarang pun bukan. Inilah makna agama ini sudah lengkap, sudah sempurna .
Kalau zaman nabi bukan agama, tapi sekarang ia jadi agama, bererti ugama ini belum sempurna.
Kesan buruk membuat bid'ah yang dianggap hasanah.
Antara kesan buruknya bila bid'ah tapi dianggap hasanah ialah:
1) Seolah-olah agama Islam ini belum sempurna sehingga perlu ditambah-tambah. Seolah-olah pereka-pereka amalan baru ini penyempurna agama yang kononnya belum sempurma.
2) Seolah-olah agama ini masih kurang sehingga perlu ditambah dengan perkara-perkara baru.
3) Ianya seolah-olah menuduh nabi antara 2 tuduhan ini. Iaitu bila dibuat satu bid'ah, contohnya solat raghaib. Berikan dia 2 soalan , adakah nabi tahu solat ini atau nabi tidak tahu?
Jika jawabnya nabi tahu, tanyakan kenapa nabi tidak ajarkan dan amalkan? Bererti ada bahagian agama yang nabi sembunyikan. Ini seolah-olah menuduh nabi menyembunyikan ilmu. Ini berat sekali tuduhannya seolah-olah nabi itu khianat dalam menyampaikan agama.
Kemungkinan jawaban yang kedua ialah, nabi tidak tahu amalan tersebut. Ini lebih parah lagi. Bermakna dia lebih hebat lagi dari nabi s.a.w. Dia tahu sesuatu amalan, tetapi nabi tidak tahu. Ini mustahil sekali dan amat jauh dari ciri-ciri orang beriman.
5) Bila nabi, para sahabat, tabi'in dan yang lainnya tidak melakukan sesuatu amalan itu bererti mereka terlepas dari pahalanya. Sedang si ahli bid'ah itu yang melakukan perkara baru itu ia pula yang meraih pahala lebih dari mereka semua. Ini sesuatu yang tidak mungkin.
6) Bid'ah yang diikuti akan membuka kepada pintu-pintu perubahan dalam agama, pintu-pintu hawa nafsu, pemikiran dan pendapat. Sedangkan agama ini mesti berasaskan wahyu bukan fikiran dan pendapat. Kerana pelaku bid'ah itu sentiasa berkata, apa yang dia bawa adalah perkara baik (hasanah).
Kalau orang bebas membuat bid'ah membuat amal ini dan itu, zikir ini dan itu, yang menurutnya itu satu yang bagus, misalnya, solat tahiyatul masjid berjemaah, zikir beramai-ramai goyang kiri kanan, katanya itu bagus menurut perasaannya. Kalau pintu bid'ah ini dibuka maka akan timbul 1001 macam ritual dalam agama yang mana akan mematikan sunnah yang sebenarnya diajarkan oleh nabi s.a.w.
Maka akan muncul segala cara ibadah dan keyakinan yang tak diajarkan oleh nabi tapi kata mereka itu baik.
Orang yang melakukan bid'ah dalam agama ia takkan sanggup mengingkari para pelaku bid'ah yang lain. Misal nya ahli bid'ah solat raghaib, ia takkan mengingkari orang syiah yang memukul tubuh mereka dengan pedang pada hari asyura. Kenapa? Kerana mereka sama-sama bid'ah , sama cipta perkara baru. Di mana mereka semua merasakan itu perkara baik menurut akal mereka masing-masing.
Mereka merasa masing-masing bebas membuat amalan dalam agama asalkan mereka fikir baik. Ini merbahaya kepada agama. Akhirnya sunnah ditinggalkan dan di remehkan.
Ada di sebahagian masjid, antara azan dan iqamah mereka bacakan senandung selawat dengan kuat beramai-ramai. Ini tak diajar nabi. Akhirnya yang sunnahnya boleh berzikir, atau baca quran dengan suara pelan di waktu itu akan terganggu dan tak dapat dilakukan. Padahal nabi melarang mengganggu orang lain yang mahu beribadat juga. Jadi, sunnah tadi tak dapat dilakukan dengan sempurna, malah bid'ah pula yang timbul. Ramai orang tak perasan hal ini.
Di musim haji juga ada berlaku bid'ah. Contohnya , berdoa di Jabal Rahmah. Padahal itu tak dilakukan nabi dan para sahabat. Yang sunnahnya berdoa di padang arafah sehingga tenggelamnya matahari. Bukan pergi ke jabal Rahmah. Apalagi solat menghadap ke jabal Rahmah.
Niat baik sahaja tidak cukup
Para pelaku bid'ah niatnya baik asalnya. Tàpi sekadar niat tidak cukup untuk diterimanya sesuatu amalan. Mesti digabungkan niat yang baik dengan ajaran nabi s.a.w. Adapun niat baik saja tidaklah mencukupi. Lihat dalil2nya:
1) Diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.
Jadi ini menunjukkan sesuatu ritual itu ada syaratnya, masanya dan sebagainya. Tidak boleh keluar dari yang diamalkan nabi s.a.w.
Ada seorang sahabat nabi ia mahu menjamu keluarganya dengan daging lalu ia sembelih binatangnya sebelum solat raya. Maka jawab nabi, itu bukan binatang korban, hanyalah sembelihan biasa, walau niatnya yang baik itu. ini menunjukkan mengikut aturan atau sunnah nabi itu baru menjadi ibadah, jika tidak, ia bukanlah ibadah walau pun semuanya nampak baik.
2) Kita berfikir baik berdiri bila menyambut tetamu yang datang. Tetapi bagi pihak yang disambut , nabi memberi amaran,
“Sesiapa yang suka seseorang berdiri untuknya, maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.”
(Riwayat al-Tarmizi)
Menghormati tetamu memang dianjurkan lebih-lebih lagi orang dihormati. Tapi orang yang dihormati janganlah merasa diri nya tinggi.
3) Dari Anas Radhiyallahu anhu ia berkata,
“Ada tiga orang mendatangi rumah istri-istri Nabi ﷺ untuk bertanya tentang ibadah Beliau ﷺ . Lalu setelah mereka diberitahukan (tentang ibadah Beliau ﷺ ), mereka menganggap ibadah Beliau ﷺ itu sedikit sekali.
Mereka berkata, “Kita ini tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan Nabi ﷺ Beliau ﷺ telah diberikan ampunan atas semua dosa-dosanya baik yang telah lewat maupun yang akan datang.” Salah seorang dari mereka mengatakan, “Adapun saya, maka saya akan solat malam selama-lamanya.” Lalu orang yang lainnya menimpali, “Adapun saya, maka sungguh saya akan puasa terus menerus tanpa berbuka.” Kemudian yang lainnya lagi berkata, “Sedangkan saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan menikah selamanya.”
Kemudian, Rasûlullâh ﷺ mendatangi mereka, seraya bersabda, “Benarkah kalian yang telah berkata begini dan begitu?
Demi Allâh! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allâh dan paling taqwa kepada-Nya di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku juga berbuka (tidak puasa), aku shalat (malam) dan aku juga tidur, dan aku juga menikahi wanita.
Maka, barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.”
(Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhâri (no. 5063)
Tiga orang sahabat itu berfikir mengikut logik akal mereka. Apa yang baik pada fikiran mereka mengikut alasan-alasan yang mereka kemukakan. Tapi nabi menolak logika mereka, tidak membenarkan niat mereka dan nabi menetapkan sunnahnya untuk diikuti, bukan fikiran mereka.
Ini menunjukkan walau idea yang baik, yang cemerlang, jika tidak sesuai dengan sunnah nabi maka ia tertolak.
4) Dalam sunan Abu Daud, ia meriwayatkan dari Mujahid, ia berkata:
" Ibnu Umar masuk ke satu masjid lalu mendengar azan. Setelah azan ada acara taswib iaitu memanggil-manggil manusja di muka pintu denga perkataan ' assolata rahimakumullah' ( solatlah kamu semoga Allab merahmatimu). Melihat hal itu lalu ibnu Umar keluar dari masjid itu. "
Jika difikirkan, memanggil orang untuk datang solat itu baik. Tetapi ia melanggar sunnah nabi yang cukup dengan azan sahaja. Sebab itu sahabat, ibnu Umar mengingkari hal tersebut.
5) Diriwayatkan daripada Naafi’: Seorang laki-laki telah bersin disisi Ibnu ‘Umar r.a kemudian dia mengucapkan: “Alhamdulillah Wassalaamu ‘alaa Rasulillaah (segala puji bagi Allah dan kesejahteraan bagi Rasulullah).”
Lantas Ibnu ‘Umar berkata: “ucapan Alhamdulillah Wassalaamu ‘alaa Rasulillaah tidak diajar oleh Rasulullah SAW kepada kami begitu. Baginda SAW mengajar kami untuk mengucapkan (ketika bersin): “Alhamdulillah ‘alaa kulli haal.”
[Diriwayatkan oleh At- Tirmidzi, no. 2738]
Orang yang bersin itu niatnya baik, iaitu setelah bersin mengucapkan doa dan selawat atas nabi. Walaupun selawat perkara yang baik dibaca, tetapi jika dijadikan kebiasaan setelah bersin , maka ia jadi perkara baru dalam agama. Sebab yang diajarkan nabi hanya lah baca
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Ibnu Hajar membantah bila setelah bersin mambaca surah al Fatihah. Membaca al Fatihah itu baik. Tetapi bila ia dilekatkan dengan bacaan selepas bersin maka ia menjadi bid'ah. Kerana itu yang dibuat oleh nabi dan sahabat.
Intinya niat baik saja tidak cukup. Kerana jika pintu bid'ah dibuka akan muncul bermacam ritual baru. Walaupun secara luaran nampak baik atau logik tetapi tetaplah dilarang. Kerana apa yang nabi ajar sudah cukup dan tak perlu penambahan.
Contohnya lagi, kenapa orang tidak azan dan iqamah dalam solat eid? Padahala azan itu perkara baik? Kerana ia tak dibuat oleh nabi dan sahabat. Kalau dibuat juga maka itu dipanggil bid'ah.
Atau pun setiap kali lepas tawaf sekali, ia solat 2 rakaat. Mengapa tidak boleh sedangkan solat itu bagus? Jawapannya kerana itu tak dikerjakan oleh nabi. Itu saja. Bila di zaman nabi tidak dibuat, maka sekarang pun hal itu tidak ada dalam agama ini.
Semua bid'ah itu sesat
Nabi s.a.w bersabda,
'Dan jauhilah oleh kamu perkara-perkara yang baru diadakan, kerana tiap-tiap perkara yang baru diadakan itu adalah bid'ah, dan tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.'' (Hadits riwayat Imam Abu Daud dan Imam at-Tirmizi).
"Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya di neraka” (HR. An Nasa’i no. 1578, dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan An Nasa’i)
Kalau ada orang mengatakan tidak semua bid'ah itu sesat, maka itu menyelisihi hadis ini. Sebagaimana semua kesesatan itu ke neraka, ianya satu kalimat yang bersambung. Tidak terpisah. Bermakna setiap bid'ah itu ke neraka. Jika ada orang mengatakan tidak semua bid'ah itu ke neraka, bermakna ia mengatakan tidak semua kesesatan itu ke neraka.
Tetapi ulama syafiiyah mengatakan ada bid'ah hasanah. Apa maksudnya?
Ibnu hajar al Asqalani (773 - 852H) mengatakan, bahawa perkara baru yang diada-adakan dalam agama itu tercela. Tapi berbeza makna bid'ah dari segi bahasa.
Ibnu Hajar al Haitami (909- 974H) mengatakan , "Bid'ah dalam syariah pasti sesat, tapi berbeza jika bid'ah secara bahasa. "
Ulama syafiiyah yang selalu dijadikan sandaran dalam mengatakan adanya bid'ah hasanah ialah imam Al Izz bin Abissalam (577 - 660H) . Katanya, bid'ah adalah mengerjakan perkara yang tidak ada semasa zaman nabi . Ini termasuk perkara syariat atau tidak.
Ada hal dalam agama yang bukan perkara ritual tetapj ia adalah perkara sarana atah medium. Contohnya mengumpulkan al quran. Al quran di zaman nabi tidak dikumpulkan.Sebabnya kerana waktu itu wahyu masih turun. Ia masih disusun mengikut apa yang diberitahu oleh Allah swt kepada nabi s.a.w. Ia tidak diturunkan mengikut seperti susunan surah yang ada sekarang. Ia masih perlu disusun oleh nabi dengan pandua wahyu dari Allah. Oleh sebab itu ia belum dikumpulkan atau dibukukan di zaman nabi s.a.w.
Sebab kedua al quran tak dikumpul kan di zaman nabi ialah kerana adanya nasikh dan mansuh. Iaitu adanya ayat yang dihapuskan atas arahan Allah swt.
Maka bila nabi sudah wafat, bermakna al quran sudab lengkap tersusun, barulah para sahabat membukukannya. Oleh kerana di zaman nabi tidak dibuat, dibuat pada zaman sahabat , maka itulah sebabnya mereka memanggil itu sebagai bid'ah hasanah. Tetapi itu adalah sarana bukannya ritual. Yang dikatakan bid'ah yang sesat itu adalah perkara ritual bukan perkara sarana atau alat atau cara menyampaikan sesuatu tujuan dalam beribadah.
Membukukan al quran bukanlah perkara ritual tetapi adalah perkara cara atau usaha supaya mudah mempelajari al quran oleh umaf Islam.
Contoh lagi adalah seperti membina pondok pengajian, Islamic center dan lain-lain. Di zaman nabi itu tidak ada. Tetapi hal itu bukanlah ritual dalam agama tetapi tempat di mana Islam dipelajari.
Begitu juga ilmu jarh wa ta'dil. Ilmu ini tidak ada di zaman nabi. Tetapi muncul kemudiannya. Walaupun begitu ia bukanlah ritual dalam agama, ia adalah disiplin dalam ilmu hadis. Dan bermacam-macam lagi ilmu mengenai hukum hakam yang lain. Ilmu-ilmu itu semua adalah cara untuk memahami agama bukalah ritual dalam agama.
Inilah yang dikatakan oleh sebahgian ulama sebagai bid'ah hasanah. Ini tidak jadi masalah. Yang kita ingkari ialah penambahan dalam ritual-ritual dengan perkara baru lalu dipanggil bid'ah hasanah. Inilah yang tidak betul dan kita ingkari.
Jadi , yang dikatakan oleh sebahagian ulama adanya bid'ah hasanah bukanlah sepertimana yang difahami oleh masyarakat yang bebas membuat ritual-ritual yang baru yang tidak aga dj zaman nabi. Mengadakan ritual baru yang tidak ada di zaman nabi maka itu tak diperbolehkan. Jika ada ulama mengatakan ada bid'ah yang wajib , yang sunat, yang haram atau yang harus, itu semua melibatkan perkara cara, sarana, atau kaedah dalam memahami atau mengamalkan agama bukanlah melibatkan perkara ritual dalam agama.
Oleh itu kita mesti memahami apakah yang dimaksudkan sebagai bid'ah hasanah yang dikatakan oleh sebagian ulama. Ia tidak bermaksud kita bebas membuat apa-apa bid'ah atau perkara baru dalam hal-hal ibadah seperti dalam solat , zikir, umrah, doa dan lain-lain lagi jenis ibadah. Tetapi ia adalah sarana atau cara-cara dalam memudahkan urusan seperti mokrofon, viseo, perakam suara, bangunan pengajian, dan alat-alat yang ada di zaman sekarang.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
1/7/24
Ulasan
Catat Ulasan