Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sederhana

277) BOLEHKAH HIDUP TANPA HUTANG?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Tidak Mustahil       Manusia kini hidupnya berhutang.  Katanya, hidup tanpa hutang adalah mustahil di zaman ini.  Sebenarnya tidak mustahil, tetapi mencabar.    Hidup tanpa hutang di zaman ini memang mencabar, tetapi bukan mustahil. Ia memerlukan disiplin, strategi, dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah ï·º sendiri berdoa agar dilindungi dari hutang kerana ia memberi kesan spiritual, emosi dan sosial.  Dalam  hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim ini, nabi mengajar kita satu doa, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan beban hutang.” Lalu Baginda ditanya kenapa selalu mohon perlindungan dari hutang. Baginda bersabda: “Sesungguhnya bila seseorang berhutang, dia akan berkata dusta dan akan memungkiri janji.”     Itulah implikasi hutang. Dia boleh jadi seorang pendusta atau dia boleh jadi memungkiri janji, disebabkan hutangnya.     Bagaimana pun...