Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keras

321) APAKAH TANDA HATI YANG KERAS?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Hati Yang Keras    Hati manusia menjadi keras dan menolak untuk ke majlis ilmu dan beramal soleh  kerana beberapa sebab yang disebut dalam al-Qur'an dan hadis.  Tanda-tanda hati keras    Berikut adalah tanda-tanda hati yang keras: 1. Tidak Terpengaruh dengan Ayat al-Qur’an dan Nasihat Dalil :    “Apakah mereka tidak merenungi al-Qur’an? Atau adakah hati mereka telah terkunci?” [Surah Muhammad (47): 24]     Tanda : Bila dibacakan ayat-ayat Allah, hati tidak terkesan atau berubah. Tidak ada rasa takut, menangis, atau keinsafan. Puncanya kerana hati sudah tetkunci. Bila hati sudah terkunci, hidayah tidak dapat masuk ke hati dan dosa tak dapat dibuang atau dihapuskan. 2. Berat untuk Melakukan Ibadah Tanda : Solat terasa malas dan berat, zikir dilupakan, majlis ilmu diabaikan. Orang yang hatinya keras tidak menikmati ibadah.  Rasulullah ï·º bersabda:...