Langkau ke kandungan utama

321) APAKAH TANDA HATI YANG KERAS?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,






Hati Yang Keras

   Hati manusia menjadi keras dan menolak untuk ke majlis ilmu dan beramal soleh  kerana beberapa sebab yang disebut dalam al-Qur'an dan hadis. 



Tanda-tanda hati keras 

  Berikut adalah tanda-tanda hati yang keras:


1. Tidak Terpengaruh dengan Ayat al-Qur’an dan Nasihat

Dalil:

   “Apakah mereka tidak merenungi al-Qur’an? Atau adakah hati mereka telah terkunci?”
[Surah Muhammad (47): 24]

   Tanda: Bila dibacakan ayat-ayat Allah, hati tidak terkesan atau berubah. Tidak ada rasa takut, menangis, atau keinsafan. Puncanya kerana hati sudah tetkunci. Bila hati sudah terkunci, hidayah tidak dapat masuk ke hati dan dosa tak dapat dibuang atau dihapuskan.




2. Berat untuk Melakukan Ibadah

Tanda: Solat terasa malas dan berat, zikir dilupakan, majlis ilmu diabaikan. Orang yang hatinya keras tidak menikmati ibadah.

 Rasulullah ﷺ bersabda:

   “Hati itu akan berkarat seperti berkaratnya besi.”
Para sahabat bertanya: “Apakah pembersihnya, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Mengingati mati dan membaca al-Qur’an.”
(HR Al-Baihaqi)

    Kenapa hati itu berkarat?  Kerana dosa-dosa yang dilakukan. Setiap dosa itu menyebabkan titik hitam di hati. Sehingga bila terlampau banyak, hati itu menjadi gelap dan keras dari menerima nasihat.

     Ingat mati lalu bertaubat dan membaca quran lalu beramal dengannya akan membersihkan hati itu semula.




3. Gembira dengan Dosa, Tidak Rasa Bersalah

Tanda: Melakukan maksiat tanpa rasa bersalah, malah bangga atau terbuka melakukannya. Ini menunjukkan hati sudah mati dan tidak lagi sensitif terhadap larangan Allah.

   Berbangga dengan maksiat atau melakukannya secara terbuka tanpa segan silu adalah tanda kematian hati dan hilangnya rasa malu, padahal malu itu sebahagian daripada iman.

Sabda Nabi SAW:

 "Malu itu sebahagian daripada iman."
 [HR. Bukhari & Muslim]

   Jika seseorang hilang rasa malu, ia akan membuka pintu untuk melakukan segala bentuk kejahatan.


4. Menolak Nasihat dan Kebenaran

Dalil:


 “Dan apabila dikatakan kepadanya, 'Bertakwalah kepada Allah', bangkitlah kesombongannya yang mendorong kepada dosa...”
[Surah Al-Baqarah (2): 206]

Tanda: Apabila dinasihat, dia marah, rasa terganggu, atau memperlekehkan si pemberi nasihat.

   Sikap marah, rasa terganggu, atau memperlekehkan orang yang memberi nasihat, adalah tanda kesombongan hati dan penolakan terhadap kebenaran. Ia mencerminkan kerosakan jiwa dan penolakan terhadap petunjuk Allah, walaupun nasihat itu berlandaskan al-Qur'an dan sunnah.

  Ini sikap yang tercela . Dalam al-Qur’an  Surah Al-A‘raf (7:66), Allah menyebut,

 "Sesungguhnya kami memandangmu (Wahai Shu‘aib) dan orang-orang yang bersamamu sebagai orang-orang yang lemah."

   Ini reaksi orang kafir terhadap Nabi Shu‘aib a.s. Mereka menolak nasihat dengan sombong dan memperlekeh kebenaran.

    Dan juga dalam surah  Al-Mutaffifin 83:29 Allah berkata,

 "Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang memperolok-olokkan orang yang beriman."

    Menolak nasihat dan mem- perlekeh orang yang mengajak kepada kebaikan, adalah ciri orang berdosa yang hatinya jauh dari hidayah.




5. Suka Berdebat Tanpa Ilmu dan Tak Mahu Menerima Pandangan

Tanda: Lebih suka menang hujah daripada mencari kebenaran. Hati seperti ini keras dan tertutup dari hidayah.

    Ia menunjukkan seseorang berdebat bukan kerana cinta kepada kebenaran, tetapi kerana ego dan nafsu ingin menang dan dipandang hebat.


   Al-Qur’an menegur golongan yang suka berdebat tanpa ilmu.  Iait dalam  Surah Al-Hajj (22:8-9):

 "Dan di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang memberi cahaya. 

"Ia membantah dengan sombong, agar menyesatkan manusia dari jalan Allah..."

    Ini menunjukkan bahawa berdebat untuk menang, bukan kerana mencari kebenaran, adalah sifat orang yang sesat dan sombong.


   Hadis nabi pula menyatakan bahawa  orang yang berdebat untuk menang, bukan mencari kebenaran akan dijanjikan azab


Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

   "Tidak akan sesat suatu kaum setelah mendapat petunjuk, kecuali mereka menjadi kaum yang suka berdebat."
[HR. Tirmidzi, hasan sahih]

     Ini menunjukkan bahawa perdebatan yang tidak ikhlas, yang hanya bertujuan untuk menang, adalah penyebab tersesatnya hati dan hilangnya hidayah.

    Manàkala cinta kebenaran adalah ciri orang beriman..  Allah memuji orang yang mendengar kebenaran dan menerimanya dengan rendah hati, bukan membantah tanpa sebab.

Lihat Surah Az-Zumar (39:18):

"Mereka adalah orang-orang yang mendengarkan perkataan, lalu mengikuti yang terbaik daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah."

    Ini berlawanan dengan mereka yang hanya ingin menang hujah, walaupun sudah tahu mereka salah.





6. Tidak Takut dengan Azab dan Hari Akhirat

Tanda: Sering mengabaikan peringatan tentang syurga dan neraka. Tiada rasa gentar akan azab Allah walaupun banyak berbuat dosa.

   
   Ini adalah tanda hati yang lalai, sakit atau hampir mati, kerana tidak lagi tersentuh dengan ayat-ayat Allah yang menyentuh jiwa orang beriman.


   Allah berfirman tentang hati yang keras, dalam  Surah Az-Zumar (39:22):

"Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya terhadap peringatan Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata."

    Bila hati keras, walau sebanyak mana pun ayat neraka dibacakan, tidak ada rasa takut atau sedih.


Tidak terpengaruh dengan Peringatan juga tanda hati mati

Lihat Surah Al-Anfal 


"apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka..."

    Sebaliknya, bila seseorang tidak gementar, bahkan melupakan peringatan tentang syurga dan neraka, itu menunjukkan iman semakin pudar, dan hati tidak hidup dengan zikir dan penghayatan.





7. Keras terhadap Orang Lemah dan Tidak Berperasaan

Tanda: Tiada belas kasihan terhadap orang miskin, anak yatim, atau orang yang memerlukan. Hatinya kering dan tidak sensitif terhadap mereka itu.

   Sikap tiada belas kasihan terhadap orang miskin, anak yatim, atau orang yang memerlukan adalah tanda hati yang keras, kering, dan tidak sensitif terhadap rahmat dan nilai kemanusiaan. Dalam Islam, belas kasihan (rahmah) adalah asas penting dalam akhlak seorang mukmin. Jika hati seseorang tidak lagi tergerak melihat penderitaan orang lain, ini menunjukkan hilangnya sifat ihsan dan tanda hati tidak hidup.


  Allah mengecam orang yang tidak peduli kepada anak yatim dan miskin. Firman Allah dalam 
surah Al-Ma'un (107:1-3):

   "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Iaitu orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin."

    Mendustakan agama bukan hanya tidak percaya, tetapi juga mengabaikan kasih sayang kepada orang yang lemah.


   Allah juga menjelaskan sifat keras hati  iaitu tdak tergerak dengan penderitaan orang lain dalam  surah Al-Hadid (57:16):

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mengingat Allah dan apa yang diturunkan dari kebenaran? Dan janganlah mereka seperti orang yang diberi Kitab sebelumnya, lalu waktu pun berlalu panjang atas mereka, maka hati mereka menjadi keras..."

   Salah satu akibat hati keras ialah tiada rasa belas kasihan, tidak tersentuh dengan seruan agama atau kesusahan orang lain.

   Nabi juga menyatakan iaitu orang yang tidak kasihan tidak akan dikasihani.

Rasulullah ﷺ bersabda:

   "Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi."
[HR. Bukhari dan Muslim]


   Ini peringatan keras: Allah tidak merahmati hati yang tidak berbelas kasihan kepada makhluk-Nya.


Bagaimana sikap Nabi terhadap yatim dan miskin?

  Nabi Muhammad ﷺ terkenal sebagai:

 "Sebaik-baik rumah kaum Muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang diperlakukan dengan baik."
[HR. Ibn Majah]


    Nabi menjadikan belas kasihan kepada orang yang lemah sebagai bukti keimanan dan akhlak terpuji.



Hati Kering  tanda Iman Lemah atau Hati Mati

Ibn al-Qayyim berkata:

 "Di antara tanda kerasnya hati adalah apabila seseorang melihat kematian, jenazah, penderitaan orang miskin atau yatim — namun hatinya tidak tersentuh."

    Ini menunjukkan kerosakan dalam spiritual dan akhlak, serta perlu kepada rawatan hati segera.




Rawatan untuk Melembutkan Hati:

1. Bersedekah, walau sedikit, kepada fakir miskin.

2. Ziarah rumah anak yatim atau orang susah — untuk merasai penderitaan mereka.

3. Doa kepada Allah agar dilembutkan hati dan dikurniakan sifat rahmah.

4. Tadabbur ayat-ayat berkaitan kasih sayang dan ancaman kepada yang zalim.



Kenapa Hati Menjadi Keras?

  Berikut adalah penjelasan beserta dalil kenapa hati menjadi keras:

1. Hati yang keras adalah akibat berpaling dari peringatan Allah

Dalil:

"Kemudian, setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi..."
[Surah Al-Baqarah (2): 74]

   Ayat ini menggambarkan bahawa hati yang berpaling daripada kebenaran akan menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras. Ini berlaku apabila seseorang enggan menerima peringatan dan ilmu.



2. Hati menjadi keras kerana banyak melakukan dosa

Dalil:

 "Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka."
[Surah Al-Mutaffifin (83): 14]

    Dosa yang dilakukan berulang kali akan menutupi hati (dikenali sebagai "ran") sehingga seseorang tidak lagi merasakan keinginan untuk mendengar nasihat atau menghadiri majlis ilmu.




3. Syaitan menyesatkan dan menjauhkan dari majlis ilmu

Dalil:

 "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah..."
[Surah Al-Mujadilah (58): 19]

   Syaitan tidak mahu manusia mendekati ilmu dan zikir kerana ia akan melemahkan pengaruh syaitan terhadap manusia.



4. Cinta dunia dan leka dengan kesenangan menjauhkan dari ilmu

Dalil:

"Mereka lebih menyukai kehidupan dunia daripada akhirat..."
[ Surah An-Nahl (16): 107]

   Orang yang terlalu sibuk dan cinta dunia akan merasa majlis ilmu tidak penting, lalu enggan hadir kerana hatinya telah dipenuhi dengan urusan dunia.




5. Tidak mendapat hidayah kerana sombong dan menolak kebenaran

Dalil:

 "Akan Aku palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar..."
[Surah Al-A’raf (7): 146]

  Orang yang sombong, meremeh kan ilmu, dan merasa sudah cukup ilmunya, akan dijauhkan dari hidayah dan tidak tertarik kepada majlis ilmu.




Kesimpulan:

   Hati yang keras berpunca daripada:

-   Dosa yang menumpuk

-    Sombong dan enggan menerima kebenaran

-   Gangguan syaitan

-   Cinta dunia dan lalai

-   Menolak peringatan Allah


   Oleh itu, penyucian hati melalui taubat, zikir, dan menghadiri majlis ilmu adalah antara jalan melembutkan hati kembali.


Semoga bermenafaat dan sila sampaikan kepada orang lain.






Surau al Hidayah.
26/7/2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...