Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel husnuzzan

243) APA UBAT STRESS, KEGELISAHAN DAN KESEDIHAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,        Di antara pengubatan bagi penyakit-penyakit hati seperti stress, kesedihan, bimbang, takut dan lain-lain ,  juga penyakit-penyakit badan,  adalah kuatnya hati atau qalbu. Iaitu hati yang tidak gelisah dan tidak terbawa-bawa dengan khayalan-khayalan atau kekhuatiran-kekhuatiran yang berlebihan, yang selalu menimpa qalbu seseorang.      Kalau seseorang terkena musibah atau takdir buruk, kemudian ia berfikir macam-macam, kalau begini, begini, dan begini,  banyak fikiran-fikiran yang masuk ke dalam hatinya . Maka jangan dia terbawa-bawa.   Hatinya harus kuat, harus beriman kepada takdir.,  h arus redha kepada keputusan Allah swt, harus banyak mengingat Allah swt. Beriman bahawa semua keputusan adalah dalam tangan Allah swt.      Bila saja seseorang pasrah kepada khayalan-khayalan  yang masuk dalam dirinya, atau khuatir yang berlebihan, maka ini ...