Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Suara Kuat Kebiasaannya di tempat kita selepas solat, imam akan membaca zikir dan doa dengan suara yang kuat, ditambah dengan penggunaan mikrofon. Samada ada orang masih solat atau semua sudah habis solat, bacaan tetap dibaca dengan kuat. Seolah-olah hal ini langsung tiada larangan dari nabi. Padahal nabi sudah membuat teguran yang melarang meninggikan suara dalam masjid ketika ada orang yang sedang beribadah. Samada suara bacaan quran, atau berzikir atau bersembang. Mari kita telusuri apa kata nabi s.a.w mengenai hal ini. Nabi Muhammad ï·º sangat keras dalam melarang perbuatan mengganggu orang lain yang sedang solat dengan suara bacaan al-Qur'an, zikir atau doa yang kuat. Larangan ini adalah kerana solat adalah ibadah yang memerlukan khusyuk dan tumpuan, dan tidak boleh diganggu oleh suara-suara luar – walaupun ...