Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel belas kasihan

463) APA 6 AKHLAK YANG PATUT DIAJAR KEPADA ANAK-ANAK?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Dunia Yang Canggih    Di dunia yang semakin canggih dimana anak-anak  lebih akrab dengan skrin daripada hati nurani,  tugas kita sebagai ibubapa bukan sekadar memastikan mereka pandai, tetapi memastikan mereka tidak kehilangan arah moralnya.     Kepandaian boleh diajar di sekolah. Tetapi moral mesti diajar di rumah. Dan jika di rumah gagal menanamnya jangan salahkan dunia jika anak membesar tanpa hati nurani nanti.    Berikut 6 hal moral paling asas yang wajib diajar terus-menerus kepada anak kerana ia menjadi akar kepada akhlak lain dalam hidup: 1. Kejujuran Sabda nabi s.a.w,    “Sesungguhnya kebenaran (kejujuran) membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa ke syurga…” (HR: Bukhari, Muslim)     Maksud jujur secara ringkas ialah:    Berkata benar, berbuat benar, dan tidak menyembunyikan kebenaran walaupun ia tidak menguntungkan diri sendiri. ...