Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel harta benda

42) HARTA ITU TANDA BAHAGIA?

Kegembiraan dan kebahagiaan boleh didapati dalam sedikitnya harta benda oleh orang yang beriman dan beramal berbanding dengan banyaknya harta benda. Jauh di lubuk hati, ini adalah mesej yang kita sudah tahu kebenarannya. Cuma, sejak kita dilahirkan, kita telah diberitahu sesuatu yang berbeza. Kita telah diberitahu bahawa harta benda adalah kebahagiaan . Setiap iklan yang dibuat bertujuan untuk meyakinkan kita bahawa kehidupan kita akan bertambah baik jika kita membeli apa sahaja yang mereka iklan/jual. Dan kerana kita mendengar mesej itu berkali-kali dan dari banyak tempat, kita secara halus mula mempercayainya. Akibatnya, kita menghabiskan tahun-tahun terbaik dalam hidup kita bekerja berjam-jam untuk menjana wang yang banyak supaya kita boleh pergi membeli barangan yang bagus: rumah, kereta, fesyen, teknologi, dan mainan. Tetapi kata-kata Allah ini berbeza dan menjadi pegangan kita yang kuat , firman Nya:  "Dan (ingatlah b...