Bismillah Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Keberkatan Jika orang bertanya, apakah keberkatan ada pada manusia? Jawapannya: Ya, keberkatan boleh terdapat pada manusia, dengan izin dan kehendak Allah. Bukan dengan kehendak manusia itu sendiri Dalam Islam, Keberkatan (barakah) bermaksud : ' Kebaikan yang banyak, yang berterusan dan bertambah, sama ada pada diri, amalan, masa, harta, anak keturunan, atau ilmu.' Berkat bukan datang sendiri daripada manusia, tetapi Allah yang meletakkan barakah itu, dan boleh menyalurkannya melalui orang-orang tertentu seperti para nabi, orang soleh, atau mereka yang taat kepada Allah. Dalilnya adanya keberkatan Berikut beberapa dalil dari Al-Qur’an bahawa Allah menyalurkan keberkatan kepada manusia khususnya para nabi : 1. Surah al mukminun, 23:50 “Dan Kami jadikan dia (Isa) dan ibunya sebagai tanda (kebesaran Kami) dan Kam...