Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Benda Baik... Sesetengah orang bila membuat perkara ibadah yang nabi tak pernah contohkan, dia akan berkata, " Benda baik, apa salahnya..." Kalau seseorang berkata, “Buat benda baik apa salahnya, walau Nabi tak buat,” sebenarnya ia boleh membawa kepada perbuatan bid‘ah, iaitu perkara baru dalam agama. Iaitu sesuatu yang tidak diajar atau dicontohkan oleh Nabi ï·º. Dalam Islam, bukan semua yang kita “nampak baik” boleh terus dianggap diterima — amal ibadah khususnya, mesti ada dalil atau contoh daripada al quran atau hadith. Dalilnya jelas, Nabi ï·º bersabda: “ Barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini (agama) yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.” (HR. Bukhari & Muslim) Dan sabda baginda lagi: “Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (bid‘ah), dan setiap bid‘ah itu sesat.” (HR. Muslim)...