Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Kita ingin menilai kembali amal-amal kita agar kita perbaiki kualitinya kepada tahap optimal pada sisa u mur yang diberikan kepada kita. Kerana masalah besarnya ialah kita tidak tahu berapa sisa umur kita kerana ini adalah perkara ghaib yang disimpan oleh Allah swt. Firman Allah dalam 31: 34, Kita tahu bahawasanya betapa sering kematian datang dengan tiba-tiba , terkadang dengan tanda-tanda, dan sering tanpa diduga sama sekali. Dan di antara tanda-tanda hari kiamat ialah banyaknya maut yang datang tiba-tiba. Seseorang yang terlihat sihat, bugar, muda , bertenaga tiba-tiba meninggal dunia. Kelmarin baru saja ia diangkat menjadi pegawai, tiba-tiba hari ini ia meninggal dunia. Seseorang yang keluar dari rumahnya tak terdetik sedikit pun bahawa ia akan meninggal pada hari tersebut. Umur kita Ini adalah salah satu hal ...