Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Al quran itu tiada yang salah dan silap. Tetapi bila nabi s.a.w membacakannya didepan orang-orang Quraish, mereka menolak. Mereka juga menolak kenabian nabi Muhammad s.a.w kerana katanya ia cuma orang biasa. Ia menggelar nabi ahli syair , ahli sihir, orang gila dan sebagainya. Mereka juga menolak kepercayaan manusia akan dibangkitkan kembali. Tapi Allah telah ingatkan mereka bahawa Allah tahu macamana nak membangkitkan kembali manusia. Dan mereka yang menolak maka merekalah yang akan kacau dan dalam kebodohan. Mengajak berfikir Logikkah Allah membangkitkan atau menghidupkan manusia setelah ia mati? Maka dalam surah Qaf ayat ke 6 seterusnya, Allah mengajak kita berfikir akan hari kebangkitan itu. Firman Allah dalam surah Qaf: 6, a) Di ayat ini Allah menegur orang-orang y...